KANGAR: Pesara polis di negeri ini menasihati petugas barisan hadapan khususnya anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) sepanjang musim Aidilfitri dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar berhati-hati kerana terdedah dengan virus COVID-19.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Skuad 69 Malaysia Cawangan Perlis DSP (B) Hassan Othman berkata, walaupun tugas di SJR nampak mudah pada pandangan umum, hakikatnya ia lebih berbahaya daripada menghadapi penjenayah kerana virus COVID-19 tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
"Saya harap anggota polis yang ditugaskan menjaga SJR sepanjang tempoh PKP yang bermula hari ini lebih berhati-hati dan menjaga prosedur operasi standard (SOP) agar tidak terdedah dengan risiko jangkitan COVID-19," kata pesara polis berusia 72 tahun itu kepada Bernama di sini hari ini.
Menceritakan pengalamannya pernah berkhidmat selama 39 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hassan berkata beliau pernah berdepan dengan pelbagai penjenayah termasuk penyeludup dan penculik namun, cabaran anggota polis di SJR lebih besar dan berisiko kerana mereka berdepan dengan musuh yang tidak nampak iaitu virus.
Sarjan (B) Abdul Halim Puteh, 71, dari Simpang Empat dekat sini pula yang putus kaki akibat terpijak jerangkap samar komunis di Pahang semasa berkhidmat dengan pasukan Komando Vet 69 PDRM satu ketika dahulu berkata pada masa itu, beliau berhadapan dengan musuh yang boleh dilihat.
"Namun, para petugas barisan hadapan di SJR sekarang perlu lebih berhati-hati kerana mereka berdepan dengan 'musuh ghaib' yang tidak boleh dilihat dengan mata tetapi bahayanya lebih besar sehingga membawa maut iaitu virus COVID-19," katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat Persatuan Kebajikan Skuad 69 Sarjan Yahya Dali, 71, dari Beseri turut menasihati anggota polis yang terpaksa bertugas di pagi raya agar tabah dan jangan bersedih kerana tidak dapat bersama keluarga tercinta.
"Pada pendapat saya pengorbanan anggota polis yang bertugas di SJR lebih besar daripada kami kerana mereka sanggup pertaruhkan bukan hanya nyawa diri sendiri malah juga nyawa keluarga berdepan dengan risiko jangkitan COVID-19," katanya,
Beliau yang berkhidmat 37 tahun dalam PDRM bersama Pasukan Polis Hutan dan Cawangan Tugas Am PDRM pernah bertempur dengan komunis, tetapi mengakui musuh sekarang iaitu virus COVID-19 lebih bahaya daripada komunis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 12 2021
Walaupun tugas di SJR nampak mudah pada pandangan umum, hakikatnya ia lebih berbahaya daripada menghadapi penjenayah kerana virus COVID-19 tidak dapat dilihat dengan mata kasar. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Polis siasat video tular lelaki hisap rokok di stesen minyak, memandu secara berbahaya
Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh
Tidak puas hati berkaitan pembayaran komisen dipercayai menjadi punca seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan dalam but kereta di Telok Panglima Garang, Selasa lalu.
Anak pengasuh ditahan, dipercayai liwat kanak-kanak lelaki 4 tahun
Polis menahan anak pengasuh berusia 23 tahun kerana dipercayai meliwat seorang kanak-kanak asuhan ibunya yang berusia empat tahun di Taman Perindustrian Tampoi Jaya pada Sabtu.
Polis siasat penyanyi dakwa dirakam penguat kuasa PBT ketika sedang diurut
Polis menjalankan siasatan berhubung seorang penyanyi rap yang mendakwa dirinya dirakam ketika serbuan dijalankan di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Subang Jaya pada Rabu lalu.
Polis tahan pengurus restoran, guna peralatan hidangan papar gambar pemimpin Komunis
Polis telah menyerbu restoran tersebut dan menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang merupakan pengurus restoran terbabit.
Polis nafi berlaku kejadian penculikan di Kajang
Setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat yang berkaitan kejadian yang dipaparkan dalam video berkenaan.