MAKKAH: Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengingatkan petugas haji agar tidak mudah berasa selesa dengan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Lembaga Tabung Haji (TH).
Sebaliknya beliau menyeru mereka supaya terus berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan khususnya terhadap jemaah serta imej TH, selain perlu memanfaat serta memperkukuhkan lagi hubungan dengan kerajaan Arab Saudi.
"Kita meraikan pencapaian-pencapaian yang diperoleh, tetapi perjuangan kita belum selesai. Memang kita berjaya sejak dari tanah air lagi, contohnya dengan e-Hajj dan pasukan perubatan, tetapi kita tidak mahu winning a battle but losing the war (raih kejayaan kecil namun tidak mencapai tujuan utama).
"Kita mahu terus lakar pencapaian sehinggalah kita berjaya mencapai kejayaan perjuangan yang besar ini. Perjalanan kita belum berakhir, perjuangan kita belum selesai, amanah murni masih perlu digalas dengan dedikasi, dengan pengorbanan masa dan tenaga.
"TH juga akan terus berusaha untuk mempertahankan pengiktirafannya sebagai badan pengendali haji terbaik dunia," katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Petugas Haji bersama Ketua Rombongan Haji di Ibu Pejabat TH di sini pada Ahad.
Majlis dihadiri lebih 200 petugas daripada semua unit termasuk pasukan perubatan, Unit Operasi Maktab, Unit Khidmat Luar, Unit Khidmat Pelanggan dan Unit Mayair selain turut disertai petugas TH di Jeddah, Madinah dan Sepang secara telepersidangan.
Operasi Masyair yang berbaki 13 hari lagi, katanya menuntut petugas haji untuk melaksanakan perancangan dan gerak kerja dengan lancar serta tersusun bagi menjamin jemaah haji dapat berwukuf serta mengerjakan rukun dan wajib haji.
Hal itu termasuk urusan pergerakan, penempatan, perkhidmatan sajian dan ibadah serta soal pengurusan pesakit.
"Oleh itu selaku petugas haji lakukanlah yang terbaik, bertindaklah selaras dengan proses kerja dan laksanakan tugas secara proaktif.
"Kuatkan gerak kerja dalam pasukan, lancarkan perkhidmatan, hulurkan bantuan dengan penuh sopan hingga jemaah haji dapat merasai kehadiran petugas dan santuni mereka selaku 'dhuyufurrahman' (tetamu Allah)," katanya.
Syed Saleh juga berharap petugas dapat mematuhi standard dan prosedur semua pihak berkepentingan dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan selain proaktif mencegah potensi ketidakpatuhan sebagai usaha mempertahankan perkhidmatan haji bertaraf dunia TH.
Pada majlis itu beliau turut melancarkan Tabung Nikmatul Khair (nikmat kebaikan) untuk musim 1445H-2024 bagi membolehkan petugas TH menyalurkan sumbangan kepada jemaah haji khususnya yang memerlukan sebagai tanda kesyukuran kerana dapat bersama mereka di Tanah Suci.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024
Pasukan Peronda TH bertugas 24 jam di lapan check point atau lokasi khusus di sekitar Masjidil Haram bagi membantu jemaah haji Malaysia. - Foto BERNAMA
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Lebih 31,000 jemaah haji Malaysia sertai jutaan umat Islam bergerak ke Arafah
Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia musim 1445H/2024M mula menyertai jutaan umat Islam keluar dari Makkah untuk ke Arafah.
Lagi 9 penerbangan belum masuk Arab Saudi, pesawat terakhir tiba 9 Jun ini
Syed Saleh berkata, 91 penerbangan atau 91 peratus penerbangan sudah sampai di Tanah Suci dengan 50 adalah penerbangan sewaan khas AMAL oleh MAS dan baki 41 pula menerusi Saudi Airlines, Saudia.
Dua lagi jemaah haji negara meninggal dunia
Kematian lelaki berusia 71 dan 53 tahun itu masing-masing disebabkan kegagalan buah pinggang dan sumbatan pembuluh darah di perut serta jangkitan kuman pada paru-paru.
Thailand mahu tiru TH simpan tabungan untuk jemaah
Buat masa ini Thailand belum lagi melaksanakan inisiatif seperti itu untuk bakal dhuyufurrahman mereka.
Petugas haji diseru terus berusaha tingkat kualiti perkhidmatan, imej TH
Mereka diseru supaya terus berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan khususnya terhadap jemaah serta imej TH.
Pusat rawatan TH di Mekah tempa sejarah, pertama dapat permit lulus operasi
Kelulusan permit ini disifatkan satu pengiktirafan kepada kualiti dan standard fasiliti serta perkhidmatan kesihatan bagi jemaah haji Malaysia di Mekah.
21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf
Syed Saleh memaklumkan jemaah yang masuk ke Madinah sebelum ini juga sudah berada di Mekah.
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
Jemaah haji diingatkan jaga kebersihan, kekalkan imej baik negara
Kebersihan maktab turut mencerminkan kemabruran haji seseorang sebagai tetamu Allah selain ia amat dituntut dalam agama.
Kerja 24 jam tanpa bayaran, Sahabat Maktab sanggup bantu jemaah haji
Walaupun perlu berkorban masa dan tenaga, kesemua mereka bertekad menyantuni tetamu Allah dengan sebaiknya seperti yang dilakukan petugas TH.