awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petugas media terima suntikan vaksin COVID-19 mulai Rabu ini - Khairy

Bernama
Bernama
07/06/2021
10:21 MYT
Petugas media terima suntikan vaksin COVID-19 mulai Rabu ini  - Khairy
Khairy berkata, janji temu bagi tujuan vaksinasi itu akan mula diterima oleh petugas media hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Para petugas media yang berdaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan mula menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 Rabu ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata janji temu bagi tujuan vaksinasi itu akan mula diterima oleh petugas media hari ini.
"Ada dalam kalangan mereka mula menerima tarikh janji temu vaksin hari ini. Jadi, suntikan itu akan mula dilaksana pada Rabu.
"Jumlah penerima vaksin dalam kalangan petugas media bagaimanapun belum diputuskan lagi dan kami masih menelitinya," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.
Bulan lepas, Khairy dilapor berkata lebih 5,000 petugas media menerima tarikh janji temu untuk divaksinasi, mulai Jun.
Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata operasi hari pertama PPV KLCC hari ini berjalan lancar.
"Daripada segi operasi, saya lihat ia tersusun dan rata-rata penerima vaksin dalam kalangan warga emas yang hadir juga berpuas hati dengan kelancaran operasi PPV di sini.
"Kami juga akan melihat kemungkinan untuk menggandakan jumlah penerima vaksin dari semasa ke semasa di PPV ini, mungkin antara 10,000 hingga 15,000 orangm namun ia bergantung kepada kelancaran program vaksinasi di PPV ini," katanya.
Ditanya mengenai isu terdapat segelintir warga emas yang dikatakan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca, Khairy berkata pihaknya menyarankan agar golongan itu tidak memilih jenis vaksin.
"Untuk yang tidak hadir pada janji temu ditetapkan, mereka akan mendapat janji temu lain namun perlu diingatkan mereka masih tidak boleh memilih vaksin misalnya mahukan Pfizer. Kami tak boleh menjanjikannya. Jadi nasihat saya, supaya ambillah sebarang jenis vaksin yang ditawarkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PICK
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#petugas media
#rabu ini
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan