awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
GPS fokus bantu rakyat, tarikh PRN Sarawak bukan keutamaan - Fadillah
Pemimpin Pas 'kunci mulut' intipati mesyuarat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petugas SESB hilang: Kesatuan pekerja beri sokongan kepada keluarga mangsa

Astro Awani
Astro Awani
17/09/2025
14:46 MYT
Petugas SESB hilang: Kesatuan pekerja beri sokongan kepada keluarga mangsa
Pada lewat malam Selasa, seorang petugas Sabah Electricity Sdn Bhd hilang dihanyutkan arus deras ketika bertugas di sebuah kampung di Keningau.
KUALA LUMPUR : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memaklumkan Kesatuan Jurutera-Jurutera (KJJ) syarikat akan bekerjasama dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja (KPP) dan pengurusan tertinggi Sabah Electricity untuk memberikan segala sokongan yang diperlukan, termasuk urusan kebajikan dan bantuan sewajarnya kepada keluarga yang ditinggalkan.
Syarikat utiliti berkenaan dalam satu kenyataan hari ini juga menzahirkan kesedihan atas kehilangan seorang anggota kerja teknikal yang dihanyutkan arus deras ketika menjalankan tugas di Keningau, sambil menyifatkan ia sebagai satu pengorbanan besar seorang anggota kerja dalam melaksanakan amanah demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Ujar kenyataan itu, keselamatan anggota kerja ketika melaksanakan tugas di lapangan sentiasa menjadi keutamaan.
Tambahnya, semua langkah pencegahan telah diambil bagi memastikan kerja-kerja di tapak dilaksanakan dengan selamat, mematuhi piawaian keselamatan industri, serta mengurangkan risiko kemalangan sepanjang operasi pemulihan.
KPP juga meminta masyarakat untuk memahami pengorbanan yang diberikan oleh anggota kerja Sabah Electricity, khususnya pasukan teknikal yang sentiasa memberikan komitmen penuh ketika menjalankan tugas dalam memastikan perkhidmatan bekalan elektrik kepada rakyat stabil dan mampan.
Pada lewat malam Selasa, seorang petugas Sabah Electricity Sdn Bhd hilang dihanyutkan arus deras ketika bertugas di sebuah kampung di Keningau.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah petang tadi menangguhkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Mohd Pisar Aziz berkata operasi SAR lelaki berusia 35 tahun itu disambung semula esok.
Topic Berkaitan
#SESB
#petugas SESB dihanyut arus
#Sabah
#urusan kebajikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan