awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan

Bernama
Bernama
27/12/2024
05:45 MYT
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 semasa melakukan rondaan Op Taring Wawasan Kelantan.
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 selepas menemukan beberapa kotak mengandungi produk kosmetik berkenaan semasa melakukan rondaan Op Taring Wawasan Kelantan kira-kira 12.30 tengah malam.
"Hasil pemeriksaan mendapati kotak itu mengandungi pelbagai produk kosmetik tanpa dokumen sah dan disyaki dibawa masuk dari Thailand untuk pasaran tempatan.
"Nilai anggaran rampasan keseluruhan berjumlah RM15,130 dan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk disiasat di bawah Seksyen 7(1)(a) peraturan kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#produk kosmetik
#seludup
#pangkalan haram
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan