MALAYSIA
PGA rampas bahan tembaga, pelbagai barangan bernilai lebih RM8.5 juta di kilang tanpa lesen
Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis bahan tembaga, beberapa jentera dan pelbagai jenis mesin bernilai RM8,586,000 dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah kilang tanpa lesen di Simpang Pulai, pagi tadi. - Foto Sinar Harian
IPOH: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis bahan tembaga, beberapa jentera dan pelbagai jenis mesin bernilai RM8,586,000 dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah kilang tanpa lesen di Simpang Pulai, pagi tadi.
Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta SAC Shahrum Hashim berkata seorang lelaki tempatan turut ditahan dalam operasi yang dinamakan Ops Hazard itu.
"Pasukan Gerakan Am yang dibantu Lembaga Hasil Dalam Negeri Perak, Majlis Perbandaran Batu Gajah serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, membuat tangkapan ke atas pekerja lelaki dewasa tempatan berusia 40-an bersama rampasan di sebuah kilang pemprosesan habuk dan raw material tembaga kepada sekerap tembaga, disyaki untuk dieksport ke negara luar," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata hasil risikan yang dijalankan kira-kira sebulan lepas mendapati, aktiviti tersebut telah dijalankan lebih kurang setahun dan hasil pemeriksaan mendapati kilang tersebut telah beroperasi tanpa sebarang kelulusan JAS.
Sharum berkata kes disiasat di bawah Seksyen 34A, Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan pihak JAS Perak turut mengambil tindakan dengan membuat penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta 127.
"Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 113 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 iaitu membuat pengisytiharan tidak betul dengan menghapuskan atau mengurangkan pendapatan bagi pihak dirinya atau orang lain, atau memberikan apa-apa maklumat yang tidak betul berkaitan apa-apa perkara mempengaruhi kewajipannya untuk dikenakan cukai kepada dirinya sendiri atau orang lain," katanya.
Sharum berkata jika disabit kesalahan hukuman penalti yang akan dikenakan adalah 45 peratus dari kenaikan cukai yang ditipu.
-- BERNAMA