MALAYSIA
PGA rampas pokok hiasan RM750,000 di Tanah Merah

PGA turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun disyaki menjadi penghantar tanaman berkenaan ke nurseri tempatan. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis tumbuhan hiasan dianggarkan bernilai RM750,000 selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di sekatan Jalan Raya Lalang Pepuyu, Tanah Merah, dekat sini, semalam.
Ringkasan AI
- PGA Batalion 9 merampas tumbuhan hiasan bernilai kira-kira RM750,000 selepas menahan sebuah lori mencurigakan di Tanah Merah dalam operasi Taring Wawasan Kelantan.
- Pemeriksaan menemui pelbagai jenis pokok termasuk Fragrea Fragrans, Juniperus Chinensis, Crescentia Alata dan Salix Babylonica yang disyaki berpenyakit dan mempunyai serangga perosak.
- Seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, dengan rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan.
Beliau berkata PGA turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 24 tahun disyaki menjadi penghantar tanaman berkenaan ke nurseri tempatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167), manakala suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami