awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
POLITIK
Bila DUN akan bubar, biar saya yang fikir - Hajiji
MALAYSIA
Lelaki dipenjara 40 tahun, 24 sebatan bunuh ibu bapa di Kampung Sg Penchala
DUNIA
IAEA sahkan dua tapak pengeluaran pengempar Iran terkena serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

PGA Sarawak gempur premis haram, rampas sisa elektronik hampir RM20 juta

Bernama
Bernama
18/06/2025
06:50 MYT
PGA Sarawak gempur premis haram, rampas sisa elektronik hampir RM20 juta
Sindiket dipercayai mengumpul sisa elektronik secara haram untuk dihantar ke Semenanjung Malaysia bagi mendapatkan logam berharga, dan beroperasi di lokasi terpencil bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. - Gambar hiasan
KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak bersama agensi penguatkuasaan lain berjaya merampas bahan sisa elektronik bernilai hampir RM20 juta dalam enam serbuan di bawah Operasi Bersepadu "Op Hazard 2.0 Sarawak".

Ringkasan AI
  • Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak bersama agensi lain merampas sisa elektronik bernilai hampir RM20 juta dalam enam serbuan di Kuching, Kota Samarahan, Sibu dan Bintulu di bawah Op Hazard 2.0.
  • Seramai 20 individu ditahan, termasuk 13 rakyat tempatan dan tujuh warga asing, yang disyaki terlibat dalam aktiviti pemprosesan sisa elektronik tanpa lesen sah.
  • Sindiket dipercayai mengumpul sisa elektronik secara haram untuk dihantar ke Semenanjung Malaysia bagi mendapatkan logam berharga, dan beroperasi di lokasi terpencil bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Timbalan Komander PGA Sarawak ACP Rosdi Inai berkata operasi yang dijalankan antara pukul 10 pagi hingga 9 malam, Isnin itu turut membuat 20 tangkapan melibatkan 13 rakyat tempatan dan tujuh warga asing.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata rakyat tempatan yang ditahan terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berumur antara 24 hingga 58 tahun manakala warga asing terlibat ialah enam lelaki dan seorang wanita berumur 21 hingga 32 tahun.
"Enam serbuan ini dijalankan di beberapa lokasi yang disyaki menjalankan aktiviti pemprosesan sisa elektronik tanpa lesen sah, masing-masing dua lokasi di Kuching, satu di Kota Samarahan, satu di Sibu dan dua lagi di Bintulu," katanya.
Pemeriksaan lanjut di lokasi terlibat turut menemukan sejumlah barangan disyaki sisa elektronik yang belum diproses, barangan lusuh dan pelbagai jenis peralatan, dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM19,638,213.45.
Rosdi berkata siasatan lanjut mendapati sindiket ini membeli dan mengumpul sisa elektronik secara haram dari kawasan sekitar sebelum dihantar ke Semenanjung Malaysia untuk dileraikan bagi mendapatkan logam berharga seperti emas, perak dan tembaga yang boleh dikitar semula.
"Difahamkan, sindiket ini turut beroperasi di premis-premis terpencil bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata kesemua tangkapan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah dan Jabatan Imigresen Malaysia manakala barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar Sarawak dan Jabatan Siasatan Jenayah D4 untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA
#PDRM
#sisa elektronik haram
#Op Hazard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami