awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA Sarawak tahan dua lelaki tempatan cuba seludup PATI

Bernama
Bernama
16/06/2020
16:24 MYT
PGA Sarawak tahan dua lelaki tempatan cuba seludup PATI
PGA Sarawak berjaya mematahkan cubaan dua lelaki tempatan menyeludup keluar lapan pendatang asing tanpa izin di Kampung Mapu Kijabu.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya mematahkan cubaan dua lelaki tempatan menyeludup keluar lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kampung Mapu Kijabu, Serian dalam operasi 'Op Benteng Covid' yang dijalankan di sempadan Malaysia-Indonesia.
Pegawai Pemerintah Batalion 11 Supt Rosdi Inai berkata cubaan berkenaan berjaya digagalkan oleh pasukan yang sedang membuat penugasan di sempadan pada 8.00 malam tadi.
"Semasa kejadian, dua kenderaan persendirian yang dipandu oleh dua warga tempatan disyaki membawa warga Indonesia telah ditahan untuk pemeriksaan semasa dalam perjalanan ke sempadan Malaysia-Indonesia.
"Hasil pemeriksaan kenderaan tersebut mendapati lapan lelaki warga Indonesia berada di tempat duduk penumpang di dalam kedua-dua kenderaan terbabit.
"Setelah membuat pemeriksaan, kesemua penumpang di dalam dua kenderaan tersebut tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rosdi berkata, kes dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Kampung Mapu Kijabu
#Malaysia
#menyeludup
#Op Benteng Covid
#Pasukan Gerakan Am
#pati
#pendatang asing tanpa izin
#PGA Sarawak
#sempadan Malaysia-Indonesia
#Serian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan