MALAYSIA

PGA tahan empat lelaki, rampas hampir 1,600 liter air ketum

Bernama 13/12/2025 | 09:40 MYT
Suspek berusia 35 hingga 47 tahun ditahan di Felda Ulu Jempol atas dakwaan memproses dan mengedar air ketum. - Foto PGA
KUANTAN: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan empat lelaki dan merampas hampir 1,600 liter air ketum bernilai lebih RM68,000 menerusi OPS Taring Mitra di Maran, Khamis lepas.


Ringkasan AI
  • Briged Tenggara PGA menahan empat lelaki dan rampas 1,600 liter air ketum bernilai RM68,000 di Maran melalui OPS Taring Mitra.
  • Suspek berusia 35 hingga 47 tahun ditahan di Felda Ulu Jempol atas dakwaan memproses dan mengedar air ketum.
  • Pemeriksaan menemui 1,050 botol air ketum serta alat proses lain; suspek di bawa ke IPD Maran untuk siasatan lanjut.


Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata suspek berusia antara 35 hingga 47 tahun ditahan di sebuah rumah di Felda Ulu Jempol, Bandar Pusat Jengka kerana disyaki terlibat memproses dan mengedar air ketum.

"Pemeriksaan di stor rumah itu menemukan 1,050 botol, tangki (tiga) dan tong plastik (empat) berisi air ketum.

"Siasatan awal mendapati rumah itu dijadikan lokasi memproses air ketum sebelum dipasarkan suspek di kawasan sekitar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Radzi berkata ujian air kencing semua suspek didapati negatif, namun dua daripada mereka mempunyai tiga dan empat rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

-- BERNAMA






#PGA #tahan empat lelaki #air ketum #Pasukan Gerakan Am #OPS Taring Mitra #Maran