BUKIT KAYU HITAM: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan empat pemandu treler kerana menyeludup masuk enam pendatang tanpa izin warga India menggunakan kenderaan berkenaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Selasa lepas.
Pegawai Pemerintah Batalion 1 PGA Ulu Kinta Supt Shamsul Baharin Aman berkata empat lelaki tempatan berusia 28 hingga 41 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya yang dilakukan di situ pada 11.40 malam.
"Pemeriksaan ke atas treler bermuatan barangan runcit, buah-buahan dan sayur-sayuran itu dilakukan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.
"Hasilnya, anggota PGA menemukan warga India terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 59 tahun di bahagian tempat duduk penumpang dalam kesemua kenderaan itu," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Beliau berkata pihaknya percaya penyeludupan pendatang asing dengan menggunakan treler dari Thailand ke negara ini merupakan modus operandi terbaharu dengan pendatang asing bertindak seolah-olah sebagai kelindan lori.
Shamsul Baharin berkata susulan penahanan itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 40-an dipercayai tekong darat yang mengupah pemandu lori berkenaan dengan bayaran RM500 seorang bagi membawa masuk pendatang asing tersebut.
Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, kesemua pendatang asing itu akan dibawa ke Pulau Pinang untuk bekerja sebagai pembantu restoran.
"Kita jangka akan ada lagi kemasukan pendatang asing warga India ke negara ini ekoran banyak kedai makan serta restoran telah dibuka," katanya dengan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 26(A) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Pegawai Pemerintah Batalion 1, Pasukan Gerakan Am, Supt Shamsul Baharin Aman (kiri) menunjukkan lori treler yang digunakan bagi menyeludup Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga India. - Foto BERNAMA

Khairul Anuar tekad bangkit semula di Hangzhou
Khairul Anuar mengakui menghadapi kesukaran dari segi persediaan kerana perlu menguruskan kewangan dan menjalani latihan sendiri.

Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.

Pemandu lori ditetak angkara dendam lama
Dendam disyaki punca seorang pemandu lori cedera akibat ditetak seorang lelaki yang bersenjatakan parang di sebuah rumah di Pandan Perdana, pada Selasa.
Singapura naik tarif air 18 peratus dalam dua fasa
Ketika ini air boleh diminum di Singapura berharga 2.74 dolar Singapura (RM9.40) untuk setiap 1,000 liter atau setiap meter padu, sebelum cukai bagi kebanyakan isi rumah.
Jawatankuasa harmoni diwujudkan semula
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar, jawatankuasa itu akan dianggotai pemimpin-pemimpin agama di negara ini.

Ayda Jebat masih pilih pembedahan Caesarean bersalin anak kedua Disember ini
Menurut Ayda, 31, perkara tersebut turut dipersetujui suaminya, Nabil Mahir dan membuat keputusan tersebut kerana sudah melalui pengalaman serupa yang disifatkan cukup indah.
BN perlu menang, bina keyakinan menuju PRU16
Jelas Mohamad, begitu pun kemenangan BN pada PRK DUN Pelangai tidak boleh menjadi ukuran kepada kekuatan gabungan tersebut.

Wanita parah dihempap pokok ketika mandi air terjun
Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi rakannya mengalami cedera ringan selepas dihempap pokok ketika mandi di Air Terjun Batu Bertenggek pada Khamis.

JBPM rancang tempatkan helikopter di Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam perancangan untuk proses perolehan helikopter untuk ditempatkan di Sabah.
AWANI Ringkas: Caj transaksi 1 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

APMM Tawau ingatkan pengguna pengangkutan laut guna jaket keselamatan
APMM Zon Maritim Tawau mengingatkan orang ramai yang menggunakan pengangkutan laut agar tidak alpa terhadap penggunaan jaket keselamatan ketika berada dalam bot atau perahu.

Lebih 12,000 pendatang asing diusir ke negara asal sejak Januari 2023
Seramai 12,380 pendatang tanpa izin telah diusir oleh Jabatan Imigresen (JIM) sejak Januari hingga 29 Mac lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Imigresen Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokuman permit masuk
Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops Serkap bermula Rabu hingga semalam.

Sindiket perjudian didalangi warga asing tumpas
Jabatan Imigresen melumpuhkan rangkaian sindiket perjudian dalam talian yang didalangi warga asing susulan beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada Selasa dan semalam.

Tiga 'transporter' ditahan disyaki bawa masuk 15 pendatang tanpa izin
Operasi berkenaan turut menahan 15 pendatang tanpa izin berusia 24 hingga 54 tahun yang terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita warga Indonesia.

Judi sabung ayam: 43 lelaki termasuk warga asing ditahan
Serbuan yang dibuat sekitar jam 4.15 petang itu berjaya menahan 27 lelaki tempatan dan 16 lelaki warga asing, berumur di antara 22 hingga 60 tahun.

Polis tahan tiga individu disyaki eksploitasi pekerja warga asing
Serbuan pada 8.30 malam semalam di kawasan Bandar Botanic 2, Klang membawa kepada penahanan kesemua suspek berumur lingkungan 33 hingga 67 tahun yang merupakan majikan.

9 GRO warga asing diberkas, pusat hiburan tiada lesen
Kesemua individu itu direman selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad bagi membantu siasatan.

Langgar syarat lesen, lima kru Myanmar ditahan
Bot kelas C yang mencurigakan itu ditahan untuk pemeriksaan kira-kira jam 2.05 petang di lokasi kira-kira 20 batu nautika dari Muara Kuala Pahang.

PGA tahan empat pemandu treler seludup masuk pendatang asing
Pemeriksaan ke atas treler bermuatan barangan runcit, buah-buahan dan sayur-sayuran itu dilakukan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.