MALAYSIA
PGA tidak akan kompromi jika anggota terlibat "counter setting"
Ijid Landu Binju berkata setakat ini tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada mana-mana pihak atau orang awam berhubung perkara berkenaan
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral termasuk isu "counter setting" di sempadan negara.
Pemangku Komander Briged Tenggara PGA ACP Ijid Landu Binju berkata setakat ini tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada mana-mana pihak atau orang awam berhubung perkara berkenaan
"Itu peringatan saya dan bukan hanya bila saya terima aduan atau kenyataan baru saya ambil tindakan, tidak. Saya buat peringatan sepanjang masa," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA di sini hari ini.
Ijid berkata adalah menjadi tanggungjawabnya mengingatkan pegawai dan anggota di lapangan supaya tidak terbabit dalam sebarang salah laku dilakukan secara berterusan dan bukan hanya selepas menerima aduan.
PGA Briged Tenggara juga akan terus memperkukuh tahap integriti dan disiplin dalam kalangan anggotanya bagi memastikan tanggungjawab menjaga keselamatan sempadan negara dilaksanakan dengan penuh amanah dan berkesan.
Sebelum ini, Bernama melaporkan polis Kelantan mengesahkan pihaknya mempunyai maklumat awal berhubung kegiatan mengatur pangkalan di sempadan Malaysia-Thailand.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat dilapor berkata kegiatan seumpama itu amat membimbangkan terutama selepas berjaya menembusi kawalan keselamatan di kawasan berteknologi tinggi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pada 24 Julai lepas, seorang pegawai penguat kuasa ditahan di KLIA, Terminal 1 kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku mengatur kaunter, iaitu kerjasama antara pegawai imigresen dengan sindiket untuk membawa masuk warga asing tanpa dokumen sah.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan memaklumkan pegawai penguat kuasa itu ditahan Unit Pemantau dan Unit Integriti AKPS selepas rakaman CCTV menunjukkan tingkah laku mencurigakan pegawai terbabit di kaunter pemeriksaan masuk.
-- BERNAMA