MALAYSIA
PGA tingkat rondaan di sepanjang Sungai Golok bendung sindiket dadah
Pasukan Gerakan Am (PGA) meningkatkan kawalan di sepanjang sempadan negara di Sungai Golok pada musim Monsun Timur Laut (MTL) bagi mengekang aktiviti penyeludupan dadah. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) meningkatkan kawalan di sepanjang sempadan negara di Sungai Golok pada musim Monsun Timur Laut (MTL) bagi mengekang aktiviti penyeludupan dadah.
Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata peningkatan paras air pada musim tengkujuh menyebabkan kelebaran sungai berkenaan bertambah dan ini memberi ruang kepada pergerakan bot sindiket.
"Anggota PGA akan melipatgandakan rondaan dan pemeriksaan walaupun cuaca tidak menentu," katanya selepas melawat dua anggota PGA yang masing-masing menghidap kanser dan strok di Kem Batalion 8 PGA, Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat.
Beliau berkata sebelum bermulanya MTL, terdapat sindiket yang menggunakan taktik menyembunyikan dadah di dalam haiwan seperti lembu atau babi, selain meletakkan dadah dalam bekas terapung yang ditarik merentasi Sungai Golok.
"Kaedah ini bukan baharu dan dipercayai masih digunakan," katanya.
Ahmad Radzi berkata sejak Januari hingga semalam, Briged Tenggara PGA merekodkan 281 kes dadah dengan nilai rampasan RM8.3 juta serta 236 tangkapan.
"Rampasan tertinggi melibatkan syabu 200 kilogram (kg), diikuti ganja (108.6 kg) dan pil kuda (19,500 biji). Tahun lepas, 118 kes direkodkan dengan 160 tangkapan membabitkan nilai rampasan RM2.4 juta," katanya.
-- BERNAMA