awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA tumpaskan penyeludupan mercun bernilai RM1.4 juta

Bernama
Bernama
15/03/2025
14:20 MYT
PGA tumpaskan penyeludupan mercun bernilai RM1.4 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas mercun dan bunga api bernilai hampir RM1.4 juta dalam serbuan di Kampung Bunohan, Tumpat, semalam. - Foto Facebook PGA Briged Tenggara
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas mercun dan bunga api bernilai hampir RM1.4 juta dalam serbuan di Kampung Bunohan, Tumpat, semalam.
Komandernya Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan pada 6.45 petang menerusi Op Taring Charlie itu dibuat selepas pemeriksaan terhadap sebuah lori di hadapan premis mendapati ia membawa puluhan kotak mercun dan bunga api.
Beliau berkata dokumen yang ditunjukkan pemilik premis meragukan, menyebabkan polis merampas semua barang serta menahan lelaki tempatan berusia 31 tahun manakala kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Sementara itu, PGA menumpaskan cubaan menyeludup 1,040 anak pokok pelbagai tanaman bernilai RM104,000 di Pangkalan Haram Salleh, Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang.
"Sebuah lori mencurigakan ditahan menerusi Op Taring Wawasan sekitar 10.15 malam, dan pemeriksaan mendapati pokok-pokok berkenaan dipercayai dibawa masuk melalui pangkalan haram.
"Seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun yang dipercayai penghantar tanaman itu turut ditahan. Kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen 5," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyeludupan mercun
#Kampung Bunohan
#PGA Briged Tenggara
#bunga api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan