awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA9 rampas rokok seludup bernilai RM3.2 juta dalam rumah kedai

Bernama
Bernama
19/05/2022
22:30 MYT
PGA9 rampas rokok seludup bernilai RM3.2 juta dalam rumah kedai
Muhamad Zaki berkata Kesemua rokok seludup ini dipercayai untuk pasaran dalam dan luar Kelantan. - Foto BERNAMA
PASIR MAS: Batalion Kesembilan Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas sebanyak 429 kotak rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM3.2 juta di sebuah rumah kedai di Kampung Telaga Lanas, Pengkalan Kubor, Tumpat, dekat sini pada Khamis.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata rampasan rokok itu dilakukan hasil maklumat diperoleh PGA berkaitan aktiviti penyeludupan produk tembakau itu pada 3.30 pagi.
"Ketika serbuan pintu hadapan premis berkenaan tidak berkunci dan hasil pemeriksaan yang dilakukan di dalam premis itu telah menjumpai kotak-kotak berwarna coklat.
"Pemeriksaan lanjut ke atas kotak-kotak itu menemukan pelbagai jenama rokok putih yang dipercayai diseludup masuk ke negara ini secara haram," katanya pada sidang media di Markas Taktikal (Martek) PGA, Lubok Stol, di sini semalam.
Turut hadir Pegawai Pemerintah Medan PGA9, DSP Ismail Sidek.
Muhamad Zaki berkata pihaknya membawa kesemua rokok yang dirampas itu ke Martek PGA Lubok Stol untuk tindakan selanjutnya.
"Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi kita mendapati penyeludup telah mengubah modus operandi susulan kawalan ketat di kawasan sempadan iaitu dengan menjadikan rumah atau premis sebagai tempat transit barangan seludup itu.
Kesemua rokok seludup ini dipercayai untuk pasaran dalam dan luar Kelantan.
Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti dalang aktiviti penyeludupan rokok-rokok ni," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA9
#rokok seludup
#Pengkalan Kubor
#Muhamad Zaki Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan