awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGSM tawar bantuan khidmat nasihat, guaman syariah kepada mangsa GISB

Bernama
Bernama
24/09/2024
12:15 MYT
PGSM tawar bantuan khidmat nasihat, guaman syariah kepada mangsa GISB
Musa berkata antara bantuan yang akan diberikan ialah nasihat guaman syariah, membawa permohonan ke Mahkamah Syariah berhubung pengesahan status nikah, pengesahan status nasab anak-anak dan hak penjagaan anak-anak. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) bersedia bekerjasama dan menawarkan bantuan khususnya hal-hal berkaitan syariah kepada mangsa terutama isteri dan anak-anak yang diselamatkan daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).
Presidennya Musa Awang berkata antara bantuan yang akan diberikan ialah nasihat guaman syariah, membawa permohonan ke Mahkamah Syariah berhubung pengesahan status nikah, pengesahan status nasab anak-anak dan hak penjagaan anak-anak.
Beliau berkata hasrat PGSM untuk membantu mangsa terlibat telah dimaklumkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hassan dalam satu pertemuan hari ini.
"PGSM berharap usaha murni bagi tujuan bantuan dan pemulihan ini turut mendapat sokongan daripada pihak kerajaan, agensi berkaitan serta Majlis Agama Islam negeri-negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Musa berkata pada masa ini semua pihak wajar berhenti menuding jari sesama sendiri, sebaliknya menumpukan kepada usaha bantuan dan pemulihan kepada mangsa-mangsa khususnya wanita dan kanak-kanak.
Media sebelum ini melaporkan polis menerusi Op Global menyelamatkan 572 kanak-kanak dan remaja kerana disyaki menjadi mangsa eksploitasi syarikat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGSM
#GISB
#Op Global
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan