KUALA LUMPUR: Menjelang pembentukan Kabinet baharu, Pakatan Harapan (PH) berpandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri  Yaakob wajar memberikan pertimbangan terhadap usaha reformasi institusi demi rakyat dan negara.

Dalam satu kenyataan bersama pada Selasa, Majlis Presiden PH mendakwa, kerajaan terdahulu gagal menangani pelbagai masalah termasuk isu COVID-19.

Kenyataan itu menyebut, sejak tahun lalu Pakatan Harapan telah menggariskan dasar-dasar dan langkah-langkah reformasi serta penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan rakyat negara dari wabak COVID-19, krisis ekonomi dan kemelut politik.

Antara usaha yang digariskan termasuklah Reformasi dan penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara dengan memastikan pogram saringan ujian awam ”FTTIS+V" (find, test, trace, isolate and support plus
vaccinate)
dilaksana dan memastikan sokongan tambahan diberi kepada sistem kesihatan awam.

Selain itu, reformasi fiskal dengan meningkatkan jumlah bantuan untuk rakyat termasuk suntikan tunai RM45 bilion secara langsung kepada pekerja, perniagaan dan sektor kesihatan, serta melaksana program moratorium pinjaman bank tanpa faedah demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian.

Ia termasuk reformasi institusi dengan memperkasa Parlimen melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen, memperkukuh fungsi semak imbang Parlimen, serta mengiktiraf peranan pembangkang dengan benar-benar dilibatkan dalam usaha dan ikhtiar kerajaan dan reformasi perundangan, termasuk dengan melaksana Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti.

sejak tahun lalu pakatan harapan telah menggariskan dasar-dasar dan langkah-langkah reformasi serta penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan rakyat