awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
18/04/2024
09:01 MYT
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berada di Sunway University pada Khamis untuk menyaksikan sendiri penganjuran PHAM 2024. - Foto House of Pahang
PETALING JAYA : Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasai sendiri pengalaman 'Global Collaboration Village' menggunakan teknologi XR iaitu 'extended reality' pertama di dunia.
Kehadiran Tengku Hassanal adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024) yang sedang berlangsung di Universiti Sunway, di sini bermula 16 sehingga 19 April ini.
Menerusi sesi yang diadakan secara tertutup itu, Tengku Hassanal menyertai mesyuarat interaktif secara maya.
Dalam pengenalan teknologi ini menerusi PHAM 2024 oleh World Economic Forum (WEF), ia dimanfaatkan oleh sektor awam dan swasta untuk bergerak dengan lebih efisien dalam mencari penyelesaian yang kompleks terutama melibatkan isu berskala global.
Teknologi visual unik Global Collaboration Village ini yang dilengkapkan bersama meningkatkan lagi kebolehannya selain mencipta ruang imersif agar cabaran-cabaran kritikal ini lebih mudah diakses dan diselesaikan secara kolektif oleh pelbagai pihak.
Baginda turut disertai antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Education Group, Profesor Datuk Elizabeth Lee, Pengarah Eksekutif Sunway Univesity for Planetary Health, Tan Sri Jemilah Mahmood dan Presiden Sunway University, Profesor Sibrandes Poppema.
Topic Berkaitan
#Tengku Mahkota Pahang
#Tengku Hassanal Sultan Ibrahim Alam Shah
#Global Collaboration Village
#Sidang Kemuncak Kesihatan Planet
#PHAM2024
#sunway university
#Awani Green Action
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan