Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal

Astro Arena
April 24, 2024 10:45 MYT
Ketua pasukan Harimau Muda, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi (kanan), berasa kecewa dengan prestasinya sendiri dalam sepanjang Piala Asia B-23.
KETUA pasukan Harimau Muda, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, berasa kecewa dengan prestasinya sendiri dalam sepanjang Piala Asia B-23 selepas tewas berdepan Kuwait dalam perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Al-Janoub, awal pagi tadi.
Dia beranggapan faktor saingan liga yang masih belum bermula juga menjadikan aspek kecergasan pasukan yang ketika ini tidak berada dalam keadaan memuaskan untuk bersaing dalam kempen bola sepak yang kompetitif itu.
Begitupun, pemain tengah Selangor itu bertanggungjawab penuh atas kekalahan pasukannya itu selepas skuda negara tewas berturut-turut dan gagal ke peringkat kalah mati.
"Saya memang kecewa dengan diri saya sendiri kerana ini adalah kempen kedua saya dalam Piala Asia B-23 dan merupakan yang terakhir buat saya, ia bukan hari yang terbaik buat saya.

"Saya tahu ramai tak suka saya..." - Mukhairi Ajmal Reaksi kapten pasukan kebangsaan U-23 selepas Malaysia tewas kepada Kuwait 2-1 sebentar tadi. #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/gArgCvfMWU

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tahu ramai orang tidak suka pada saya, saya harap perkara ini dapat menjadi pengajaran untuk memperbaiki diri saya pada masa akan datang. Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan.
"Saingan liga masih belum bermula lagi maka kami tiada kecergasan yang cukup. Memandangkan saya pemain lama maka mereka mengharapkan kepada saya jadi sebagai ketua pasukan, saya mengambil tanggungjawab ini." katanya selepas perlawanan. - Stadium Astro
#Piala Asia B-23 #Mukhairi Ajmal #harimau muda #skuad Bawah 23 tahun
;