awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Tite sah undur diri selepas Brazil tersingkir

Bernama
Bernama
10/12/2022
03:50 MYT
Piala Dunia Qatar: Tite sah undur diri selepas Brazil tersingkir
Ketua Jurulatih Brazil, Tite, melihat permainan pasukannya menentang Croatia dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Al Rayyan. - Foto AP
DOHA: Pengurus Brazil, Tite mengesahkan bahawa beliau akan meletak jawatan selepas pasukannya tewas kepada Croatia menerusi sepakan penalti, saingan suku akhir Piala Dunia di Qatar pada Jumaat, lapor Xinhua.
Tite, yang mengendalikan pasukan Brazil sejak Julai 2016, telah mengumumkan hasratnya untuk berundur selepas Piala Dunia dan berkata keputusan itu tidak akan berubah.
PIALA DUNIA 2022
"Ia sangat sukar," kata Tite kepada pemberita pada Jumaat.
Apabila ditanya mengenai legasi yang akan ditinggalkannya, lelaki berusia 61 tahun itu menjawab: "Masa akan menentukannya."
Piala Dunia Qatar: Croatia lakar kejutan singkir Brazil
Tite, yang memenangi 61 daripada 81 perlawanannya dan tewas tujuh, turut mengetuai Brazil merangkul kejuaraan Copa America 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#tite
#letak jawatan
#Brazil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan