Penyerang sensasi skuad B-22 negara, Haqimi Azim Rosli, mengakui barisan pemain negara perlu mempamerkan aksi lebih kukuh menjelang final Piala Merlion menentang Hong Kong di Singapura malam esok.
Skuad negara mara ke final selepas mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas Kemboja semalam tetapi kelihatan beraksi goyah, terutama ketika membenarkan lawan itu bangkit mengikat kedudukan 2-2 dalam babak kedua.
Haqimi Azim, yang sudah melakukan empat penampilan bersama skuad senior kebangsaan, mengakui barisan pemain muda negara memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pendekatan taktikal ketua jurulatih, E. Elavarasan, tetapi mengakui pendekatan itu merupakan pendekatan sama yang digunakan dalam skuad senior negara.
"Banyak lagi yang kami perlu belajar daripada segi taktikal yang diterapkan jurulatih, terutama daripada segi membuka permainan, hantaran lorongan dan banyak lagi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
"Ia taktikal yang sama digunakan dalam skuad senior. Saya pernah bermain di bawah jurulatih Kim Pan-gon dan saya tahu cara permainan yang mahu diterapkan jurulatih Elavarasan.
"Jadi, kami yang pernah bersama skuad senior membantu jurulatih Elavarasan untuk menyampaikan cara permainan itu kepada rakan-rakan lain.
"Caranya sama, jadi pemain-pemain baru ini masih belum biasa dengannya tetapi lama-kelamaan, mereka akan memahaminya.
"Kami masih dalam tempoh menyesuaikan diri dan ia merupakan kali pertama kami beraksi bersama sebagai satu pasukan kerana ramai muka baru," katanya.
Astro Arena
Sat Mar 25 2023
![Piala Merlion: Haqimi Azim akui skuad negara perlu beraksi lebih kukuh dalam final Piala Merlion: Haqimi Azim akui skuad negara perlu beraksi lebih kukuh dalam final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679754518_HaqimiAzimRosli.jpg)
Haqimi mengakui barisan pemain muda negara memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pendekatan taktikal ketua jurulatih, E. Elavarasan. - Gambar Stadium Astro
![KPT perlukan usaha sama berterusan kerajaan negeri tingkat kualiti pendidikan tinggi KPT perlukan usaha sama berterusan kerajaan negeri tingkat kualiti pendidikan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718031022_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT perlukan usaha sama berterusan kerajaan negeri tingkat kualiti pendidikan tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempunyai perancangan jangka panjang dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara dan memerlukan usaha sama berterusan pihak kerajaan negeri.
![SPRM hubungi CPIB Singapura dapatkan maklumat dalang kes kontena terbang SPRM hubungi CPIB Singapura dapatkan maklumat dalang kes kontena terbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714299467_SPRMLogoSPRM.jpg)
SPRM hubungi CPIB Singapura dapatkan maklumat dalang kes kontena terbang
SPRM telah menghubungi CPIB Singapura dalam usaha menjejak seorang warganegara berkenaan yang disyaki dalang utama kes "kontena terbang".
![Kerajaan tubuh pasukan petugas untuk selaras pembangunan Taman Perindustrian Halal Kerajaan tubuh pasukan petugas untuk selaras pembangunan Taman Perindustrian Halal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718028215_ZahidHamidi.jpg)
Kerajaan tubuh pasukan petugas untuk selaras pembangunan Taman Perindustrian Halal
Kerajaan telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi menyelaras pembangunan Taman Perindustrian Halal serta mengenal pasti kekangan yang dihadapi kerajaan negeri dalam membangunkan kawasan berkenaan di
![Dasar Peralihan Tenaga Sarawak libatkan kerjasama dengan negara lain - Abang Johari Dasar Peralihan Tenaga Sarawak libatkan kerjasama dengan negara lain - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718021717_AbangJohariTunOpe.jpg)
Dasar Peralihan Tenaga Sarawak libatkan kerjasama dengan negara lain - Abang Johari
Abang Johari berkata SET-P, satu lagi pelan hala tuju ke arah tenaga hijau bagi memastikan masa depan yang mampan, bersih dan makmur, akan melibatkan kerjasama dengan negara lain.
![Tiga anggota Balai Polis Pulau Tikus ditahan Tiga anggota Balai Polis Pulau Tikus ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715039164_TBRazlamAbHamid.jpg)
Tiga anggota Balai Polis Pulau Tikus ditahan
Polis Pulau Pinang hari ini mengesahkan penahanan tiga anggotanya yang bertugas di Balai Polis Pulau Tikus bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku, Jumaat Lepas.
![Walau tanpa pemain utama, Harimau Malaya mampu raih kemenangan besar - Pan Gon Walau tanpa pemain utama, Harimau Malaya mampu raih kemenangan besar - Pan Gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703602195_KimPanGon.jpg)
Walau tanpa pemain utama, Harimau Malaya mampu raih kemenangan besar - Pan Gon
Walau turun tanpa beberapa pemain, Malaysia masih mampu melakar kemenangan besar ke atas Taiwan dalam perlawanan terakhir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Tumpuan Selasa – 11 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (10 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 'Yat Tex Garage' sewa satu panggung wayang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718026906_diesel.jpg)
Penyasaran subsidi: MYCC pastikan amalan pasaran kompetitif bagi diesel
MyCC menyatakan komitmen untuk memastikan amalan pasaran yang kompetitif dan bebas kartel susulan pelaksanaan subsidi diesel bersasar di Semenanjung Malaysia yang berkuat kuasa hari ini.
![Sukan SEA Kemboja: Mukhairi Ajmal yakin skuad negara mampu ke final Sukan SEA Kemboja: Mukhairi Ajmal yakin skuad negara mampu ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682688567_MukhairiAjmalMahad.jpg)
Sukan SEA Kemboja: Mukhairi Ajmal yakin skuad negara mampu ke final
Tonggak tengah skuad B-22 negara, Mukhairi Ajmal Mahadi, yakin pasukan bimbingan E. Elavarasan itu mampu menepati sasaran untuk layak ke final acara bola sepak Sukan SEA Kemboja bulan depan.
![Piala Merlion: Haqimi Azim akui skuad negara perlu beraksi lebih kukuh dalam final Piala Merlion: Haqimi Azim akui skuad negara perlu beraksi lebih kukuh dalam final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679754518_HaqimiAzimRosli.jpg)
Piala Merlion: Haqimi Azim akui skuad negara perlu beraksi lebih kukuh dalam final
Penyerang sensasi skuad B-22 negara, Haqimi Azim Rosli, mengakui barisan pemain negara perlu mempamerkan aksi lebih kukuh menjelang final Piala Merlion menentang Hong Kong di Singapura malam esok.