awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Presiden, Belia dibatal buat tahun kedua

Bernama
Bernama
31/08/2021
06:13 MYT
Piala Presiden, Belia dibatal buat tahun kedua
Stuart Ramalingam berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa pandemik, hal-hal pengoperasian serta keselamatan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Saingan Piala Presiden dan Piala Belia dibatalkan buat tahun kedua berturut-turut ekoran pandemik COVID-19, umum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa pandemik, hal-hal pengoperasian serta keselamatan pemain, pegawai, petugas perlawanan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran pertandingan.
Keputusan itu juga diambil selaras dengan status penganjuran kedua-dua pertandingan tersebut, yang sehingga kini masih belum mendapat 'lampu hijau' daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Selain itu, faktor para pemain Piala Presiden dan Piala Belia 2021 yang sudah melengkapkan vaksin masing-masing juga pada tahap yang agak rendah ketika ini yang ia akan memberi risiko tinggi terhadap keselamatan dan kesihatan mereka jika kedua-dua pertandingan ini tetap mahu dilangsungkan pada tahun ini," katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata beberapa perkara penting dalam penyediaan prosedur operasi standard (SOP) juga dilihat masih belum cukup untuk memberi jaminan tahap tertinggi dalam segala aspek penganjuran.
Piala Presiden yang merupakan pertandingan bagi peringkat umur bawah-21 tahun dan Piala Belia (bawah-19), pada awalnya dijadualkan bermula dengan saingan peringkat kumpulan pada 3 Jun, sebelum ditangguh sehingga September berikutan kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Presiden
#Piala Belia
#stuart ramalingam
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan