[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Piala Sudirman: Indonesia hantar protes kepada BWF

Sinar Harian 03/05/2025 | 10:21 MYT
Insiden berlaku apabila umpire mendakwa bulu tangkis terkena raket Rinov Rivaldy, namun video ulang tayang menunjukkan ia sebenarnya telah terkeluar garisan. - Stadium Astro
PERSATUAN Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) secara rasminya menghantar protes kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) susulan insiden yang berlaku perlawanan pertama menentang Denmark dalam Kumpulan D Piala Sudirman.

Ringkasan AI
  • PBSI secara rasmi menghantar protes kepada BWF selepas keputusan kontroversi dalam perlawanan pertama Piala Sudirman menentang Denmark, yang menyebabkan pasangan beregu campuran Indonesia tewas.
  • Insiden berlaku apabila umpire mendakwa bulu tangkis terkena raket Rinov Rivaldy, namun video ulang tayang menunjukkan ia sebenarnya telah terkeluar garisan dan sepatutnya memberikan mata penyamaan.
  • PBSI mendakwa keputusan tersebut merugikan Indonesia dan menuntut siasatan lanjut oleh BWF bagi memastikan keadilan dalam pertandingan.

Kontroversi berlaku ketika pertemuan di antara aksi beregu campuran Indonesia, Rinov Rivaldy-Gloria Emanuelle Widjaja, yang tewas rubber set 20-22, 23-21, 16-21 kepada Jesper Toft-Amalie Magelund dalam tempoh hampir satu jam 13 minit.
Sewaktu set pertama berlangsung, umpire dari Hong Kong, Victor Wong, mendakwa bulu tangkis terkena raket Rinov Rivaldy sehingga mengakibatkan gandingan Indonesia terpaksa akur kepada kekalahan pertama 20-22.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, menurut video ulang tayang semula, bulu tangkis tersebut tidak mengenai raket Rinov dan sudah terkeluar garisan dan mampu memberikan mata penyamaan.
PBSI menyatakan keputusan itu merugikan Indonesia dan segera menuntut siasatan dilakukan oleh BWF. -- Stadium Astro
#Indonesia #hantar bantahan #BWF #Piala Sudirman #badminton