IPOH: Pakistan dan Jepun mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perebutan Piala Sultan Azlan Shah ke-30 sekali gus berjaya ke perlawanan akhir di Stadium Hoki Azlan Shah di sini, hari ini.
Juara tiga kali Pakistan yang mengintai untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama dua dekad terselamat apabila seri 1-1 dengan pasukan di kedudukan ke-10 dunia, New Zealand pada perlawanan terakhir pusingan-robin semalam.
Pakistan bagaimanapun terpaksa bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Abu Bakar Mahmood pada minit ke-43 selepas pasukan Black Sticks menjaringkan gol pertama pada minit ke-35 menerusi Luke Holmes melalui gol padang.
Jepun yang memburu kejuaraan sulung mereka dalam kejohanan jemputan ini selepas mencapai keputusan terbaik mereka di tempat keempat pada edisi 2022 menewaskan Kanada yang berada di kedudukan terbawah 3-1 selepas mempamerkan pertahanan mantap mereka sekali lagi yang mana hanya dibolosi lima gol dalam lima perlawanan.
Jepun yang berada di kedudukan ke-16 dunia bangkit selepas dikejutkan jaringan Kanada melalui Sean Davis pada minit ke-42 menerusi jaringan Hiro Saito (43'), Tsubasa Tanaka (56') dan Kosei Kawabe (60') untuk memastikan kemenangan.
Jepun menduduki tempat teratas dalam pusingan-robin dengan 13 mata selepas menewaskan Korea Selatan 2-1, New Zealand 4-1 dan Malaysia 2-1 sebelum ini, manakala Pakistan pula menewaskan Malaysia 5-4, Korea Selatan 4-0 dan Kanada 5-4 untuk menduduki tempat kedua dengan 11 mata.
Ketua jurulatih Pakistan Roelant Oltmans berkata, Pakistan yang menjulang trofi itu pada 1999, 2000 dan 2003 perlu memikirkan cara untuk memecahkan barisan pertahanan Jepun pada perlawanan hari ini.
"Jepun adalah pasukan yang kuat dan bagus, pertahanan mereka sangat seimbang, jadi kami perlu mencari ruang membuka pertahanan mereka, yang mana sangat sukar dilakukan kerana setiap pasukan telah mencuba dalam kejohanan ini. Setiap pasukan mempunyai beberapa kelemahan kecil yang mungkin boleh diekploitasikan, itulah yang kami mahu cari.
"Pada masa yang sama kami tahu tentang diri kami, apabila kami bermain terlalu terbuka ketika menentang Kanada dan Malaysia, kami tidak dapat mengawal permainan, memberi peluang kepada lawan. Saya ingin memenangi perlawanan tanpa penentuan pukulan penalti, tetapi jika itu berlaku, ia akan menjadi pengalaman berharga untuk pemain dan kami telah berlatih dan bersedia untuk itu," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Ketua jurulatih Jepun Yoshihiro Anai berkata dia tidak bercadang untuk menukar gaya pertahanannya pada perlawanan akhir kerana Jepun sedang dalam proses membentuk pasukan yang kuat untuk Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
"Kami akan bermain secara bertahan kerana Pakistan sangat mahir dan bagus dalam menggelecek, kami perlu terus fokus untuk menjaga kubu kami dan menghentikan gaya permainan agresif mereka. Selain itu, kami masih mempunyai beberapa penelitian yang perlu dilakukan bagi menjadikan kebolehan menjaringkan gol sebaik sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024
Pemain Jepun, Kosei Kawabe (kiri) mengawal bola ketika bertemu pemain Kanada pada saingan Piala Sultan Azlan Shah ke-30 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, 10 Mei 2024. -- fotoBERNAMA
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah
Juara tiga kali Pakistan terselamat apabila seri 1-1 dengan pasukan di kedudukan ke-10 dunia, New Zealand.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah buat skuad hoki negara
Seri Paduka berdua menzahirkan kesyukuran dan rasa sukacita atas kejayaan yang dicapai pasukan itu.
Julang Piala Sultan Azlan Shah 'hadiah bermakna' kepada penyokong hoki tanah air
Arul Selvaraj berkata kejayaan itu juga sentiasa dinanti-nantikan oleh pemain, barisan jurulatih serta pihak pengurusan.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia tewaskan Korea Selatan, akhiri kemarau 39 tahun
Skuad hoki negara menamatkan kemarau kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) selama 39 tahun setelah menewaskan Korea Selatan 3-2.
Pakistan raih tempat ketiga Piala Sultan Azlan Shah 2022
Jepun membuka tirai jaringan menerusi gol padang Kentaro Fukuda pada minit kesembilan sebelum Pakistan bangkit menyamakan kedudukan.