awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PICK: 78% populasi keseluruhan lengkap vaksinasi

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2021
00:32 MYT
PICK: 78% populasi keseluruhan lengkap vaksinasi
Seramai 25.48 juta individu atau 78 peratus daripada populasi keseluruhan telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19. -Gambar fail/Bernama
SERAMAI 25.48 juta individu atau 78 peratus daripada populasi keseluruhan telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 79.3 peratus atau 25.9 juta daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Dalam pada itu, seramai 22.75 juta individu atau 97.2 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Manakala, 98.6 peratus atau 23.07 juta daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2.73 juta individu atau 86.8 peratus telah melengkapkan dua dos.
Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
Terdapat pertambahan 140,831 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 54.61 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#populasi dewasa
#populasi remaja
#vaksin lengkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan