MALAYSIA

PICK dikendali bersama KKM, MOSTI hingga penghujung Oktober

Astro Awani 01/09/2021 | 08:35 MYT
Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) juga akan dipengerusikan bersama oleh beliau dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan dikendalikan bersama oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sehingga hujung Oktober.

Jelas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi Twitter, kerjasama itu akan diteruskan sehingga PICK diserahkan sepenuhnya kepada KKM.

Sehubungan itu, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) juga akan dipengerusikan bersama oleh beliau dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

BACA: Semua program, strategi kesihatan lawan COVID-19 dikendali KKM - PM

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa hanya KKM akan mengendalikan pemberian vaksin menerusi PICK.

Manakala MOSTI akan tertumpu kepada penyelidikan dan pembangunan berkaitan penghasilan vaksin dalam negara.

Setakat semalam, sebanyak 64.2 peratus daripada populasi dewasa negara ini melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 manakala 84.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
#vaksin #Khairy Jamaluddin #MOSTI #KKM