PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mensasarkan 60 peratus remaja lingkungan 12 dan 18 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang November ini.
Selain itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, 80 peratus golongan berkenaan disasarkan untuk mendapat dos lengkap vaksin menjelang Januari 2022.
Beliau berkata, pengecualian hanya akan diberikan kepada remaja yang disahkan oleh doktor mempunyai sebab-sebab tertentu, seperti masalah kesihatan atau alahan terhadap vaksin.
“Di KKM, kita bersetuju untuk pemberian vaksin kepada remaja bukan sahaja kerana vaksin terbukti selamat, tetapi kita juga khuatir dengan peningkatan kes COVID-19 di kalangan remaja.
“Apabila sekolah dibuka, kita mahu pastikan perlindungan untuk remaja,” katanya kepada pemberita di Kick-Off Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK Remaja), di SMK Putrajaya Presint 8(1), di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid, serta pegawai-pegawai kanan kedua-dua kementerian.
Sebelum ini, Khairy berkata, PICK Remaja yang dimulakan secara rasmi hari ini menyasarkan penglibatan 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun.
Pelaksanaannya dilakukan melalui beberapa kaedah termasuk jangkau luar (outreach) ke sekolah atau institusi secara berjadual, suntikan di klinik kesihatan dan hospital serta kaedah jumpa terus (walk-in) di pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di seluruh negara.
Media sebelum ini melaporkan, lima negeri/wilayah akan melakukan PICK Remaja secara serentak selain Putrajaya, iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Perlis dan Pahang.
Tiga negeri/wilayah yang telah memulakan program berkenaan sebelum ini ialah Sarawak pada 8 Sept, Labuan (11 Sept) dan Sabah (16 Sept).
Dalam pada itu, Khairy berkata, SMK Putrajaya Presint 8(1) akan dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV) sementara untuk Putrajaya.
Beliau berkata, beberapa PPV sedia ada di negeri-negeri akan dibenarkan untuk program walk-in khusus bagi golongan remaja 12 hingga 17 tahun.
“Alang-alang PPV masih beroperasi, kita akan umumkan senarai PPV negeri esok, yang remaja boleh pergi dapatkan suntikan vaksin secara walk-in,” katanya lagi.
Khairy berkata, bagi program imunisasi untuk remaja, golongan berkenaan perlu ditemani ibu bapa atau penjaga, dan tandatangani borang kebenaran di hadapan doktor yang bertugas di PPV tersebut.
Selain itu beliau berkata, ibu bapa dan penjaga berkenaan juga perlu menandatangani borang kebenaran berkenaan.
Firdaus Azil
Mon Sep 20 2021

KHAIRY: Apabila sekolah dibuka, kita mahu pastikan perlindungan untuk remaja. - Astro AWANI

Lawatan ke China bawa pulangan besar kepada negara - PM
Malaysia dan China bersetuju untuk memantapkan dan membawa hubungan dua hala kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.

Syarikat china gaji rakyat Malaysia, beri latihan
Syarikat China yang menjalankan projek di Malaysia akan memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dan memberikan latihan kepada mereka.

Malaysia dan China permudah kemasukan pelancong
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk menambah frekuensi penerbangan ke atau dari China.

Liga Super: Reis selamatkan maruah Kedah di Kuantan
Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1.

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

PICK: 76.5 peratus populasi keseluruhan lengkap vaksin
78.6 peratus atau 25,670,034 individu daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Langkah bijak untuk tidak gopoh vaksinasi kanak-kanak bawah 12 tahun - Pakar
Tindakan Menteri Kesihatan yang tidak gopoh membuat keputusan berkenaan perkara itu juga, adalah praktikal.

Ibu bapa pelajar sekolah tahfiz diminta beri persetujuan benarkan anak divaksin
Kerajaan Negeri Perak meminta supaya ibu bapa atau penjaga bagi pelajar sekolah tahfiz di negeri ini memberi persetujuan untuk membenarkan anak mereka menerima vaksin.

PICK Remaja: Tindakan undang-undang dikenakan terhadap penyebar video, berita tidak benar
Ia bukan sahaja mengganggu kelancaran program, malah menimbulkan kebimbangan ibu bapa serta pelajar yang akan mengambil vaksin.

Perak tumpu vaksin 10,000 pelajar sekolah agama
Pelajar-pelajar dari 39 buah sekolah tahfiz yang tidak berdaftar di Perak juga akan dilibatkan dalam program vaksinasi COVID-19.

Vaksinasi remaja 12-15 tahun di P.Pinang bermula 29 Sept
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Remaja (PICK-Remaja) peringkat Pulau Pinang membabitkan remaja berusia 12 hingga 15 tahun bermula 29 Sept ini.

COVID-19: PICK remaja langkah tepat, bersesuaian dengan trend jangkitan - Pakar
Usaha kerajaan dalam pemberian vaksin terhadap golongan remaja merupakan satu langkah yang tepat apabila melihat kepada trend jangkitan melibatkan golongan itu.

Tiada kesan sampingan serius dialami remaja terima vaksin COVID-19
Setakat ini tidak ada sebarang laporan mengenai kesan sampingan serius dialami golongan remaja yang menerima suntikan itu.

PICK Remaja sasar 3.2 juta remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja menyasarkan sejumlah 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini bakal menerima suntikan vaksin COVID-19.

Vaksinasi Remaja: Program PICK Remaja dapat sambutan menggalakkan
Rata-rata yang hadir meluahkan rasa teruja selepas menerima vaksin berkenaan.