KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja menyasarkan sejumlah 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini bakal menerima suntikan vaksin COVID-19.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, daripada jumlah itu 60 peratus remaja disasarkan untuk menerima sekurang-kurangnya dos pertama menjelang November ini.
“80 peratus akan mendapat dos kedua pada akhir Disember tahun ini. Sehingga 21 September 2021, sebanyak 5,964 buah sekolah telah berdaftar dengan portal Vaksin-Anak-Ku.
“Untuk makluman juga, PICK Remaja telah dimulakan lebih awal di Sarawak, WP Labuan, Sabah, Kelantan, Johor dan Kedah.
"Sehingga 21 September, seramai 410,489 remaja telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 dengan Sabah merekodkan bilangan tertinggi iaitu 140,890 remaja,” jelasnya dalam sidang media yang berlangsung petang tadi.
Tambah beliau, bagi memperluaskan akses kepada pemberian vaksin COVID-19, selain daripada pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekolah, klinik kesihatan dan klinik swasta, sebanyak 156 buat PPV Awam dan Integrasi akan beroperasi untuk menjalankan PICK Remaja bermula 23 September sebelum PPV tersebut ditutup secara berperingkat selewat-lewatnya 15 Oktober depan.
Pelaksanaan pemberian vaksinasi PICK-Remaja di 156 PPV Awam dan Integrasi itu akan dilaksanakan secara janji temu melalui MySejahtera, walk-in dan vaksinasi berjadual.
“Remaja di sekolah asrama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) termasuk murid OKU di asrama akan diberi janji temu melalui MySejahtera dimana mereka akan mendapat janji temu ke PPV yang berdekatan tempat tinggal mereka.
“Ibu bapa kepada remaja yang bersekolah di sekolah harian, penjadualan vaksinasi dibuat bagi sekolah-sekolah yang telah dipadankan dengan setiap PPV secara giliran mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan,” katanya lagi.
Jadual vaksinasi yang telah dipersetujui oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat Pendidikan daerah (PPD) akan dikeluarkan oleh pihak sekolah masing-masing kepada remaja dan ibu bapa.
Bagi remaja kelainan upaya di sekolah harian pula mereka akan diberi janji temu mengikut penggiliran sekolah di PPV.
Ibu bapa atau penjaga juga diminta menemani remaja ke tempat vaksinasi bagi tujuan mengesahkan status kesihatan anak pada hari vaksinasi, memberi kebenaran intervensi sekiranya diperlukan selain mengawasi status kesihatan anak selepas tamat tempoh pemerhatian oleh petugas kesihatan.
Bagi mendapatkan sijil digital vaksinasi ibu bapa dan penjaga kepada remaja digalakkan mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan didalam MySejahtera.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Sep 22 2021
Datuk Dr Noor Azmi berkata 80 peratus remaja disasarkan mendapat dos kedua pada akhir Disember tahun ini.- Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.