awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PICKids: 1.34 juta kanak-kanak sudah terima vaksin

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2022
01:44 MYT
PICKids: 1.34 juta kanak-kanak sudah terima vaksin
Lebih 1.34 juta kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun di negara ini telah menerima vaksin COVID-19. -Gambar hiasan/Envato Elements
LEBIH 1.34 juta kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun di negara ini telah menerima vaksin COVID-19.
Sehingga Ahad, 38 peratus kumpulan berkenaan telah menerima dos pertama manakala 0.4 peratus sudah mula mendapatkan dos kedua.
Sebanyak 1,810 dos pertama dan 8,550 dos kedua telah diberikan semalam menerusi program imuninasi COVID-19 kanak-kanak atau PICKids.
Ini sekali gus menjadikan jumlah kanak-kanak yang menerima dos kedua sudah mencapai 14,949 orang.
PICKids dilancarkan 3 Februari lepas dengan kerajaan menetapkan sela masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua.
Ibu bapa dan penjaga boleh membawa anak masing-masing untuk mendapatkan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) secara jumpa terus di pusat pemberian vaksinasi (PPV) terpilih.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan 70 peratus daripada empat juta kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima vaksin.
Topic Berkaitan
#vaksinasi kanak-kanak
#dos kedua
#dos pertama
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan