awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PICKids: 'Tiada paksaan, ibu bapa akan diberi maklumat keberkesanan' - Khairy

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
03/02/2022
02:59 MYT
PICKids: 'Tiada paksaan, ibu bapa akan diberi maklumat keberkesanan' - Khairy
KHAIRY: Kita akan terus beri maklumat terkini berkenaan keselamatan vaksin, keberkesanannya, kebaikannya kepada ibu bapa dan saya juga telah tegaskan vaksinasi kepada kanak-kanak adalah secara sukarela tanpa paksaan. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) akan terus memberikan maklumat berkaitan keberkesanan dan keselamatan penggunaan vaksin kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pemberian vaksin secara sukarela tanpa paksaan kepada golongan ini adalah cara terbaik untuk melindungi kanak-kanak daripada COVID-19 dan komplikasi yang lebih teruk sekiranya dijangkiti.
"Saya tahu ramai ibu bapa yang masih risau dan masih ramai yang mengambil langkah 'wait and see' kerana kita melihat kepada data pendaftaran semalam hanya 15 peratus daripada golongan kanak-kanak yang layak untuk mendaftar.
"Kita akan terus beri maklumat terkini berkenaan keselamatan vaksin, keberkesanannya, kebaikannya kepada ibu bapa dan saya juga telah tegaskan vaksinasi kepada kanak-kanak adalah secara sukarela tanpa paksaan," kata Khairy.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tunku Azizah pada Khamis.
Jelasnya lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak terburu-buru untuk capai keputusan berkenaan PICKids yang bermula hari ini.
"Sebenarnya Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan vaksin kepada kanak-kanak pada Oktober tahun lepas untuk kegunaan kecemasan.
"Tetapi kita mengambil beberapa bulan untuk membuat kajian melihat kepada data daripada negara lain yang dah mula vaksinasi terhadap kanak-kanak.
"Setelah mendapat keyakinan tersebut selain data klinikal yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar vaksin, kita dapati tiada banyak kesan sampingan yang serius; hanya kesan sampingan yang biasa selepas divaksin jadi ia selamat digunakan," katanya.
Untuk rekod, pemberian vaksin COVID-10 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun menerusi PICKids bermula secara rasminya pada Khamis.
Buat permulaan ia akan ditumpukan di Lembah Klang dan akan dilaksanakan melalui hospital bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan.
Manakala yang tiada masalah perubatan akan diberikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PICKids
#Khairy Jamaluddin
#PPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan