awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara

Bernama
Bernama
15/05/2024
22:45 MYT
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Tuanku Zara Salim (dua, kanan) berkenan melawat reruai pameran tenunan selepas merasmikan Pameran Limar 'Tenun Warisan Yang Kian Dilupakan' di Muzium Seni Asia Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 15 Mei 2024. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim mahu pihak yang berkaitan mengangkat hasil tenunan-tenunan Melayu yang kurang mendapat perhatian supaya menjadi inspirasi rekaan kepada pereka tekstil sekali gus menjadikan setiap rekaan mempunyai jati diri dan gambaran nuansa masyarakat.
Tuanku Zara bertitah usaha yang komprehensif perlu dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai pihak agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan ini dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi selain terus membugar dan tidak ditelan zaman.
"Usaha pihak muzium mempamerkan dan mendokumentasikan koleksi limar yang dimiliki merupakan satu usaha yang terpuji.
"Limar merupakan antara tenunan sutera Melayu yang menggunakan teknik ikat yang kurang mendapat perhatian sewajarnya tidak seperti tekstil-tekstil Melayu yang lain seperti songket dan batik. Umumnya, di Semenanjung limar dibuat dan banyak boleh ditemui di Kelantan, Terengganu, Patani (Thailand) dan Utara Perak," titah Tuanku Zara semasa merasmikan Pameran Limar Tenunan 'Warisan yang kian dilupakan' di Muzium Seni Asia Universiti Malaya di sini malam tadi.
Sementara itu, Tuanku Zara bertitah pembuatan kain limar yang kompleks dan penggunaan bahan mewah seperti sutera bermutu tinggi, bahan perwarna yang diimport dan benang emas menyebabkan kesenian ini terpinggir.
Keberangkatan tiba Tuanku Zara pada pukul 8.30 malam tadi diiringi Naib Canselor UM Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tan Sri Zarinah Anwar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tenunan Melayu
#universiti malaya
#Tuanku Zara Salim
#tekstil Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan