awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak-pihak dalam saman fitnah gagal capai penyelesaian dengan Nurul Izzah

Bernama
Bernama
08/07/2019
11:29 MYT
Pihak-pihak dalam saman fitnah gagal capai penyelesaian dengan Nurul Izzah
Nurul Izzah menyaman dua orang itu kerana mendakwa mereka menggambarkan beliau sebagai seorang pengkhianat kepada negara dan perancang pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013.
Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar gagal mencapai penyelesaian dalam saman fitnah difailkan terhadap mereka oleh Nurul Izzah Anwar.
Peguam bagi Ismail Sabri Ragunath Kesevan memberitahu panel tiga anggota Mahkamah Rayuan hari ini bahawa pihak-pihak berkenaan tidak mencapai penyelesaian, oleh itu pendengaran hujah akan diadakan semula.
Semasa pendengaran rayuan terakhir, mahkamah rayuan meminta pihak-pihak berkenaan cuba menyelesaikan masalah mereka.
Ismail Sabri dan Khalid merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menganugerah Nurul Izzah, anggota Parlimen Permatang Pauh ganti rugi RM1 juta selepas mendapati mereka (Ismail Sabri dan Khalid) bertanggungjawab memfitnah beliau.
Bagaimanapun, pendengaran rayuan tidak berlaku hari ini oleh kerana Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer yang mempengerusikan panel memberitahu pihak berkenaan dalam rayuan itu agar membekalkan kepada mahkamah pihak berkuasa kes undang-undang berhubung jumlah ganti rugi.
"Beri mereka masa oleh kerana mereka yang terjejas," Hakim Hamid Sultan memberitahu peguam Ranjit Singh yang mewakili Nurul Izzah.
Dua hakim lain dalam panel itu - Datuk Wira Kamaludin Md Said dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Hakim Hamid Sultan kemudian mengarahkan pihak-pihak berkenaan mengendali pengurusan kes di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan bagi menetapkan tarikh pendengaran baharu.
Berikutan itu, Timbalan Pendaftar Suriyanilakma Abd Kadir menetapkan 18 Sept untuk pendengaran.
Pada 18 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ismail Sabri dan Khalid masing-masing membayar ganti rugi RM600,000 dan RM400,000 kepada Nurul Izzah selepas memutuskan bahawa kenyataan dibuat oleh mereka pada dua sidang akhbar berasingan, dalam makna semula jadi dan biasa memfitnah Nurul Izzah.
Nurul Izzah menyaman dua orang itu kerana mendakwa mereka menggambarkan beliau sebagai seorang pengkhianat kepada negara dan perancang pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013.
Peguam kanan persekutuan Zureen Elina Mohd Dom mewakili Khalid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Khalid Abu Bakar
#mahkamah
#Nurul Izzah Anwar
#saman fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan