Skip to main content

Malaysia

Pijak al-Quran: Pelajar terlibat didakwa esok, penelitian bukti mencukupi - AGC

PUTRAJAYA, 14 Mei -- Bangunan Jabatan Peguam Negara. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan itu dilakukan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung pelbagai tuduhan ke atas dirinya. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
Jabatan Peguam Negara berkata tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] atas kesalahan mencemarkan objek yang dianggap suci oleh penganut agama Islam, iaitu al-Quran. -Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Vikneswaran a/l Selvanathan yang sebelum ini disiasat kerana tindakan memijak al-Quran akan berdepan dua pertuduhan di mahkamah, pada Selasa.

Menurut Jabatan Peguam Negara, tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] atas kesalahan mencemarkan objek yang dianggap suci oleh penganut agama Islam, iaitu al-Quran.

Advertisement

Jelas jabatan itu, tertuduh mencemarkan kesucian al-Quran dengan perbuatan memijaknya walaupun mengetahui tindakan itu merupakan satu penghinaan terhadap agama Islam.

Lelaki berkenaan turut akan didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] kerana menghasilkan dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat amat jelik melalui aplikasi Threads dengan niat untuk menyakiti hati pihak lain.

“Kedua-dua pertuduhan itu akan dikemukakan di Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa pada 3 Mac 2026,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara, pada Isnin.

Jabatan Peguam Negara memaklumkan keputusan untuk meneruskan pendakwaan dibuat selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia berhubung insiden yang berlaku di Kuantan, Pahang.

Menurutnya lagi, hasil penelitian menyeluruh mendapati terdapat bukti yang mencukupi bagi membolehkan pertuduhan difailkan terhadap individu terbabit.

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found