Piket 'Kepung Demi Palestin' kemuka empat tuntutan terhadap AS, Israel

Fauzi Zin
Disember 31, 2023 16:01 MYT
Para peserta piket aman 'Kepung Demi Palestin' pada kemuncak acara pada tengah malam Ahad di Jalan Tun Razak di ibu negara. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Kemuncak piket aman ‘Kepung Demi Palestin’ yang diadakan selama enam hari berturut-turut berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, dekat Jalan Tun Razak di ibu negara menggariskan empat tuntutan kepada pemerintah Amerika Syarikat dan rejim Zionis Israel bagi menghormati aspirasi rakyat Palestin.
Deklarasi Aksi Kepung Demi Palestin dibacakan ahli jawatankuasa Sekretariat Solidariti Palestin, Tian Chua.
Berikut adalah deklarasi tersebut:
DEKLARASI AKSI KEPUNG DEMI PALESTIN
Kami yang hadir di perhimpunan "Kepung Demi Palestin" di sebelah Kedutaan Amerika Syarikat, mewakili rakyat Malaysia yang peduli, dari semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik, menuntut pemerintah Amerika Syarikat dan rejim Zionis Israel untuk menghormati aspirasi rakyat Palestin.
Dengan ini kami menyeru:
  • Menamatkan sistem Apartheid di semua wilayah jajahan Palestin
  • Hentikan pembersihan etnik dan pembunuhan genosida terhadap rakyat Palestin
  • Keamanan dan penyelesaian yang adil dan berkekalan untuk semua di Palestin.
  • Mulai hari ini, tanggal 1 Januari 2024, dan setiap hari selepas ini, kami teguh berdiri dalam bersolidariti dengan rakyat Palestin.
    Kami tidak berganjak dari komitmen kami untuk perjuangan dan akan terus meningkatkan usaha kempen kami.
    Demi mencapai keamanan, keadilan, keselamatan dan maruah untuk Palestin yang berdaulat.
    1 Januari 2024, Jam 00:01 pagi
    Jalan Tun Razak
    (Sebelah Kedutaan Besar Amerika Syarikat)
    #piket aman #kepung demi palestin #tuntutan #Palestin #Israel #Amerika Syarikat #hentikan serangan