KUALA LUMPUR: Orang awam dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan keselamatan dan pengawal peribadi (bodyguarding) daripada syarikat yang berlesen oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) Mohammad Ubaidillah Enam@Iman berkata syarikat itu juga perlu mempunyai perlindungan insurans bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
"PIKM menegaskan Akta Agensi Persendirian 1971 yang telah berusia 53 tahun perlu dipinda segera oleh pihak berkuasa bagi memastikan wujudnya garis panduan yang teratur agar semua pemain industri khususnya pekerja keselamatan terus terlindung di bawah akta ini," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.
Mengulas mengenai insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lepas, PIKM menyarankan agar penambahbaikan dan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa diambil tindakan segera tehadap rejim latihan dan perakuan di samping memperbaik keselamatan lapangan terbang itu.
Mohammad Ubaidillah berkata kerjasama strategik antara KDN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan PIKM telah diwujudkan pada 2016, dengan semua pengawal peribadi syarikat keselamatan wajib dilatih dan diperakui oleh PDRM.
Menurutnya, yang lebih penting ialah individu yang dilantik sebagai pengawal keselamatan termasuk pengawal peribadi perlu melepasi tapisan keselamatan oleh KDN dan PDRM untuk memastikan mereka bebas daripada sebarang rekod jenayah lampau.
Selain itu, beliau berkata latihan dan perakuan Certified Bodyguard (CBG) diambil sebagai syarat pembaharuan permit membawa dan menggunakan senjata api [Carry Use (CU)] bagi pengawal peribadi yang bersenjata.
"Arahan ini telah dimulakan pada 2018 dan setakat ini, hanya 84 pengawal peribadi yang telah menjalani latihan dan diperakui oleh PDRM, bagaimanapun terdapat beberapa kekangan menyebabkan inisiatif dan arahan ini tidak berjalan secara lancar," katanya.
Mohammad Ubaidillah berkata terdapat pengusaha yang menggiatkan perniagaan pengawal peribadi tanpa lesen oleh KDN khususnya pelanggan dalam kalangan VVIP atau orang kenamaan serta selebriti, dan perkara ini harus dipantau serta diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa.
“Kekeliruan ini berlaku kerana tidak semua segmen perkhidmatan keselamatan tertakluk di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 seperti installer integrator system keselamatan dan bodyguarding.
"Adalah jelas, insiden yang berlaku membabitkan seorang 'pengawal peribadi' yang tidak diperakui mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan, begitu juga dengan syarikat yang terlibat. Insiden serius ini telah melibatkan risiko nyawa pelanggan (prinsipal), orang awam dan juga pengawal peribadi," katanya.
Beliau berkata dari sudut kebajikan, pengawal peribadi yang dilantik oleh syarikat keselamatan berlesen wajib menyediakan insurans, mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan caruman statutori lain terutama bagi perlindungan kemalangan semasa bertugas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Mohammad Ubaidillah berkata terdapat pengusaha yang menggiatkan perniagaan pengawal peribadi tanpa lesen oleh KDN khususnya pelanggan dalam kalangan VVIP atau orang kenamaan serta selebriti.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
KDN bekerjama dengan pelbagai agensi pulihkan fahaman pengikut GISB - Saifuddin Nasution
KDN bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menyelaras usaha memulihkan fahaman pengikut GISB, agar mereka tidak kembali kepada fahaman yang telah difatwakan sebagai sesat.
Siasatan terhadap Yusoff Rawther profesional ikut lunas perundangan - KDN
KDN mengesahkan siasatan terhadap Muhammed Yusoff Rawther dijalankan secara profesional oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut lunas perundangan.
AKPS dijangka ambil alih operasi di pintu masuk negara Januari 2026
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dijangka akan mengambil alih keseluruhan operasi di 114 pintu masuk negara pada Januari 2026, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.
KDN teliti skim perkhidmatan baharu AKPS - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti skim perkhidmatan baharu bagi petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum dimuktamadkan dan diluluskan agensi pusat.
KDN akan ambil tindakan pihak berlebihan main isu konon Anwar iktiraf Israel
KDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai berlebihan memainkan isu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mengiktiraf Israel.
Malaysia, Singapura meterai MoU kerjasama cegah, tangani jenayah rentas sempadan
Ia bagi memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan jenayah siber.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.