Pilihan raya kecil Kuala Besut menjadi tumpuan

Tan Su Lin
Julai 23, 2013 23:30 MYT
Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini menjadi tumpuan. Perhatian terarah kepada signifikan pilihan raya kecil ini.
Bukan hanya kerana ia yang pertama dalam tempoh dua setengah bulan selepas pilihan raya umum diadakan pada 5 Mei, namun jika keputusannya tidak berpihak kepada penyandang Barisan Nasional (BN), akan menyaksikan jumlah kerusi yang sama dengan pembangkang dalam DUN.
Pilihanraya kecil dun Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37 dan calon PAS, Azlan Yusof, 48.
BN hanya mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding pembangkang iaitu memegang 16 kerusi daripada 32 kerusi DUN.
Manakala 15 disandang pakatan pembangkang di mana PAS 14, dan PKR satu.
Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi DUN Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lepas.
Setelah 12 hari berkempen, akhirnya keputusan terletak pada tangan 17 ribu 683 pengundi berdaftar di kuala Besut apabila mereka keluar mengundi pada 24 Julai ini.
Kempen yang disifatkan sebagai antara paling tenang telah menyaksikan kedua calon bertanding secara hemah menggunakan pendekatan secara bersemuka dengan pengundi sepanjang kempen pilihanraya.
#Kuala Besut #pilihan raya kecil #SPR