awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan Raya Sarawak: Zahid luangkan masa tinjau operasi Studio Mini Astro AWANI

Astro Awani
Astro Awani
03/05/2016
10:32 MYT
Pilihan Raya Sarawak: Zahid luangkan masa tinjau operasi Studio Mini Astro AWANI
Ahmad Zahid meluangkan masa hampir setengah jam sebagai tetamu program Analisis AWANI Khas yang diacarakan oleh Nazri Kahar. - Foto Astro AWANI
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang dalam rangka lawatan ke Sarawak, hari ini berkesempatan meluangkan sedikit masa daripada jadualnya yang ketat untuk meninjau Pusat Media dan Studio Mini Astro AWANI bagi liputan Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) ke-11, di The Waterfront Hotel di sini hari ini.
Ketibaan beliau sekitar 5 petang disambut oleh Naib Presiden Kanan Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron dan Editor Berita Astro AWANI Shuhami Zabri sebelum meluangkan masa hampir setengah jam sebagai tetamu program Analisis AWANI Khas yang diacarakan oleh Nazri Kahar.
Pada pilihan raya negeri kali ini, Astro AWANI menurunkan pasukan liputan dianggotai lebih 20 orang daripada daripada Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa Astro AWANI.
Menerusi Sarawak Memilih, Astro AWANI memberikan liputan menyeluruh sepanjang perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 yang sampai kemuncaknya pada hari pengundian 7 Mei.
Selain perkembangan berita terkini sepanjang hari, Astro AWANI turut bersiaran langsung menerusi program Agenda KHAS Awani dan Analisis AWANI Khas.
Ia boleh diikuti menerusi saluran 501 Astro AWANI dan juga di astrowani.com
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#pilihan raya Sarawak
#pilihanraya Sarawak
#sarawak2016
#studio mini
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan