awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pinda akta, beri makanan halal kepada haiwan - Pekemas

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2023
10:58 MYT
Pinda akta, beri makanan halal kepada haiwan - Pekemas
Faizan berkata langkah itu bagi memastikan makanan haiwan dapat dilabelkan halal sekiranya cukup syarat seperti yang ditetapkan oleh Jakim. -Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) mendesak Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengambil tindakan segera untuk meminda Akta Makanan Haiwan 2009.
Presidennya, Faizan Mohd Noor berkata langkah itu bagi memastikan makanan haiwan dapat dilabelkan halal sekiranya cukup syarat seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Dia berkata, status halal untuk makanan haiwan-haiwan di negara ini penting seperti mana status halal makanan untuk umat Islam.
"Sekiranya haiwan-haiwan di Malaysia diberi makanan yang tidak halal terutama kepada ayam, lembu dan binatang-binatang lain yang halal dimakan oleh orang Islam, tetapi terdapat perkara tidak jelas dalam pemeliharaan haiwan tersebut, ia memberi tanggapan tidak baik kepada orang Islam di negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Faizan berkata demikian ketika mengulas video tular mengenai status halal makanan ternakan untuk ayam di negara ini.
Dia menambah, sudah tiba masanya skop halal diperluaskan kepada segmen makanan haiwan ternakan termasuk lembu, kambing, kerbau, serta ayam.
Ujar Faizan lagi, kaedah atau formula pelaksanaan tersebut perlu dirujuk kepada pihak Jakim bagi mendapatkan pandangan syarak.
"Sumber makanan haiwan ternakan perlu dipastikan halal dari segi kandungan dalam pembuatan makanan ternakan.
"Ini termasuk pengimport makanan ternakan perlu mengisytiharkan kandungan protein mengandungi lemak babi atau sebaliknya.
"Selain itu, kepakaran Jakim diperlukan dalam bidang ini bagi mengeluarkan pandangan dan pendapat berkaitan hukum Islam terhadap sumber makanan ternakan yang mempunyai unsur lemak atau protein babi yang dilarang oleh Islam," katanya.
Topic Berkaitan
#Makanan halal untuk haiwan
#Akta Makanan Haiwan
#Pekemas
#Faizan Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan