awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pinda hukuman mati mandatori tidak naikkan kadar jenayah

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
30/10/2018
09:27 MYT
Pinda hukuman mati mandatori tidak naikkan kadar jenayah
Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran ketika sidang media pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke -14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Meminda hukuman mati mandatori tidak akan menyebabkan kadar jenayah meningkat, kata Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran.
Beliau berkata kebanyakan pihak telah salah tafsir dengan keputusan kerajaan mahu meminda hukuman mati mandatori.
“Ada kajian.. anda boleh 'google' mengenai kajian daripada Roger Hood mengenai hukuman mati.
“Ramai yang salah faham bila kita nak mansuh hukuman mati. Mereka kata kita hapuskan sistem keadilan. Kita tak hapuskan hukuman .. untuk pesalah ada tapi bukan hukuman gantung,” katanya dalam satu sidang media selepas seminar Standing Against Death Penalty in Asia di Bangunan Parlimen hari ini.
Seminar tersebut merupakan anjuran Parlimentary Global Action di mana Kulasegaran juga merupakan pengerusi jawatankuasa tersebut.
Keputusan kerajaan untuk meminda hukuman mati mandatori mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak.
Tambah Kula, walau kerajaan berhasrat memansuhkan hukuman mati terhadap semua kesalahan tapi buat masa ini mereka menumpukan kepada pesalah dadah terlebih dahulu.
BACA: Enam akta 'kontroversi' akan dipinda
BACA: Kumpul maklum balas sebelum mansuh hukuman mati
Sebelum ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata kajian untuk memansuhkan hukuman mati kini berada di peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri.
Menteri yang memegang portfolio undang-undang berkata kajian tersebut dilaksanakan oleh Peguam Negara.
Topic Berkaitan
#hukuman mati
#hukuman mati mandatori
#kadar jenayah
#Liew Vui Keong
#M Kulasegaran
#Menteri Sumber Manusia
#Parlimentary Global Action
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan