MALAYSIA
Pindaan Akta FINAS 1981 dibentang di Dewan Rakyat Oktober ini - Fahmi
Fahmi (dua, kiri) ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran TAR UMT FCCI Filem Festival 2025 ALKISAH: “The Wonders of Asian” di Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) dijadual dibentang untuk bacaan kali pertama di persidangan Dewan Rakyat bulan depan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Ringkasan AI
Beliau berkata pindaan itu bertujuan menambah baik akta berkenaan agar pembangunan industri perfileman tempatan kekal relevan dan seiring dengan keperluan semasa.
"Antara lain, ia bukan sahaja untuk memastikan akta selaras dengan perkembangan teknologi terkini, tetapi juga menitikberatkan kebajikan mereka yang bekerja dalam bidang perfileman agar lebih tersusun dan teratur.
"Saya turut meminta FINAS dan kementerian mengadakan sesi libat urus awal dengan Ahli Parlimen supaya mereka memahami usaha ini demi kebaikan industri filem yang kini berdepan pelbagai cabaran, sekali gus menjamin kelestarian dan kemampanan masa depannya," katanya.
Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan TAR UMT FCCI Film Festival 2025 - Alkisah: The Wonders of Asian Folklore di sini hari ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pindaan Akta FINAS 1981 (Akta 244) akan dibentang untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat bulan depan bagi memastikan industri perfileman kekal relevan dan selaras dengan teknologi semasa.
- Fokus pindaan termasuk kebajikan pekerja filem, penglibatan wakil industri dalam Lembaga Pengarah FINAS, serta penambahbaikan peraturan agar lebih tersusun dan teratur.
- Kerajaan juga meneliti kontrak Dana Kandungan Kreatif (DKK) bagi memastikan penerima geran menjaga kebajikan pekerja, selain menggalakkan penghasilan karya yang mengangkat tema perpaduan dan kepelbagaian