awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan Akta FINAS 1981 wajar - Fahmi

Bernama
Bernama
17/03/2025
20:00 MYT
Pindaan Akta FINAS 1981 wajar - Fahmi
Fahmi berucap pada majlis “Raya Sama-Sama” meraikan seramai 50 penggiat seni tempatan dan 26 pengamal media di IPPTAR pada Isnin. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pindaan ke atas Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 dilihat wajar berikutan perubahan besar yang sedang berlaku dalam industri perfileman negara, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Selain itu, beliau berkata, pindaan juga wajar kerana industri berkenaan turut dicabar dengan kepesatan teknologi, yang menyaksikan penstriman langsung kini semakin menjadi pilihan orang ramai.
"Perubahan besar sedang berlaku termasuk dengan penstriman langsung, maka saya lihat wajar kita usahakan pindaan ke atas Akta FINAS bagi mencerminkan perubahan yang sedang berlaku," katanya selepas menghadiri majlis "Raya Sama-Sama" bagi meraikan penggiat seni dan pengamal media, di sini, pada Isnin.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin; Ketua Pengarang Bernama, Arul Rajoo Durar Raj; Timbalan Ketua Pengarang Ekonomi, Azlina Aziz dan Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan Bernama, Sharifah Zaini Syed Zain.
Terdahulu, Fahmi menyerahkan sumbangan berupa wang tunai, pakaian raya dan baucar beli-belah kepada 50 penggiat seni dan 26 pengamal media tempatan sempena Ramadan serta sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Majlis berkenaan anjuran Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FINAS
#perubahan besar
#industri perfileman
#wang tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan