awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan Akta JAC: Syahredzan pertahan kenyataan Tengku Maimun

Firdaus Azil
Firdaus Azil
14/04/2025
10:38 MYT
Pindaan Akta JAC: Syahredzan pertahan kenyataan Tengku Maimun
Tengku Maimun sebelum ini dilapor berkata, terdapat cadangan untuk meminda JAC 2009, dan Perlembagaan Persekutuan untuk menghapuskan peranan Perdana Menteri dalam pelantikan hakim. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat tentang peranan Perdana Menteri dalam pelantikan hakim perlu diterima dengan hati terbuka.
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, beliau yakin kenyataan itu dibuat dengan niat baik bagi menjamin kebebasan dan integriti badan Kehakiman yang semakin pulih, terutamanya di bawah kepimpinan Tengku Maimun.
Sehubungan itu Syahredzan, yang juga seorang peguam berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan bekas Menteri Undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz agar tindakan perlu diambil terhadap Tengku Maimun.
“Ucapan YAA (Yang Amat Arif) Tun Tengku Maimun adalah bersifat umum dan tidak ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Kerajaan MADANI. Malahan, jika diteliti ucapan YAA, ia adalah menyokong cadangan untuk menambah baik proses pelantikan para hakim dalam proses Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).
“Perdana Menteri (Anwar) sendiri, baru-baru ini telah menyatakan komitmen bahawa Kerajaan MADANI akan melihat semula proses pelantikan hakim ini untuk ditambah baik. Sudah tentu cadangan untuk mengeluarkan peranan Perdana Menteri juga akan diteliti,” katanya lagi
Syahredzan berkata, komitmen Perdana Menteri menunjukkan bahawa Kerajaan MADANI mengakui bahawa proses itu boleh ditambah baik sekali gus membuktikan sekali lagi komitmen Kerajaan ini terhadap reformasi institusi.
Sewaktu menyampaikan ucaptama di Persidangan Perundangan Komanwel ke-24 di Malta pada 8 April, Tengku Maimun berkata, terdapat cadangan untuk meminda JAC 2009, dan Perlembagaan Persekutuan untuk menghapuskan peranan Perdana Menteri dalam pelantikan hakim.
“Pindaan itu pada pandangan saya, akan mengembalikan kesaksamaan dalam proses pemilihan, memastikan pelantikan kehakiman dengan teguh berlandaskan kepada merit, dan bebas daripada sebarang persepsi tentang pengaruh politik,” katanya lagi.
Susulan itu, Nazri, yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Rengas berpandangan, ucapan tersebut seolah-olah menggambarkan wujudnya campur tangan serius Perdana Menteri dalam pelantikan kehakiman.
Beliau juga mencadangkan agar tindakan diambil terhadap Tengku Maimun kerana membuat kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat, serta mewujudkan polemik bahawa campur tangan itu benar-benar berlaku.
Nazri berpandangan, sekiranya Ketua Hakim mahu mengusulkan pindaan, ia sepatutnya dilakukan menerusi saluran yang tepat, kerana membuat kenyataan tersebut di forum antarabangsa boleh menimbulkan pandangan negatif terhadap Perlembagaan Persekutuan serta tiga cabang demokrasi di bawahnya iaitu Legislatif, Eksekutif, dan Kehakiman.
Topic Berkaitan
#Syahredzan Johan
#Nazri Aziz
#Badan Kehakiman
#Tengku Maimun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan