awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 angkat kedudukan pegawai AADK - Saifuddin

Bernama
Bernama
30/06/2024
00:15 MYT
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 angkat kedudukan pegawai AADK - Saifuddin
Saifuddin bersama sukarelawan anitidadah selepas merasmikan Program Xpresi Generasi Kita: Solidariti Bersama Dadah anjuran AADK, di Nibong Tebal, malam tadi.
NIBONG TEBAL: Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, yang diharap dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini, akan mengangkat kedudukan pegawai pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam bidang itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, ini kerana melalui pindaan itu, mereka yang datang secara sukarela ke pusat pemulihan untuk rawatan, akan dirujuk terus kepada pegawai pemulihan AADK yang kemudian melakukan pemeriksaan ujian air kencing dan seterusnya mengesahkan sama ada mereka memerlukan rawatan ataupun tidak.
"Berbanding sebelum ini, undang-undang menghendaki AADK untuk menghantar mereka (penagih) kepada pegawai perubatan yang dianggap mempunyai kepakaran dan legitimasi untuk membuat pemeriksaan ujian air kencing dan seterusnya mengesahkan mereka ini benar memerlukan (rawatan).
"Itu perbezaannya, dan rasional untuk melakukan anjakan paradigma ini adalah kerana pegawai AADK juga mempunyai 41 tahun pengalaman (berkaitan dadah) dan terlatih menerusi kaedah pensijilan yang diiktiraf mengikut standard piawaian antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Xpresi Generasi Kita: Solidariti Bersama Dadah anjuran AADK, di sini, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Khairul Anwar Bachok.
Sehubungan itu, beliau yakin jika pindaan itu diluluskan ia akan mempercepatkan proses rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah, kerana tiada lagi karenah birokasi yang merimaskan perlu dilalui, selain akan mendorong lebih ramai lagi individu untuk tampil secara sukarela mendapatkan rawatan.
"Saya hanya memerlukan majoriti mudah untuk ia diluluskan dalam Dewan Rakyat, seperti yang berlaku apabila pembubaran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) diluluskan baru-baru ini dengan 93 Ahli Parlimen menyokong dan 63 lagi menentang," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#AADK
#Akta Penagih Dadah 1983
#penagih dadah
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan