KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan ke atas Akta Tabung Angkatan Tentera (TAT) akan memacu transformasi dan memperkukuh tadbir urus Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Dalam kenyataan pada Isnin, LTAT menjelaskan langkah itu juga akan menambah baik kerangka pelaburan mengikut pelan Perumpukan Aset Strategik (SAA).
"Kerangka ini akan menjamin pulangan yang mampan dan kompetitif kepada pencarumnya, yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," menurut LTAT.
Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Nazim Rahman berkata sejak Jun 2021, LTAT telah memainkan peranan aktif dalam menerajui sesi libat urus bersama pihak berkepentingannya agar transformasi LTAT diselaraskan dengan teras Pelan Tindakan 2022 (PT22) Kementerian Pertahanan.
"Sinergi bersama Kementerian Pertahanan ini amat penting agar transformasi LTAT dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mengukuhkan perlindungan sosial serta menjamin kelangsungan hidup masa hadapan anggota tentera," katanya.
Terdahulu hari ini, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata cadangan dasar pindaan Akta TAT telah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada minggu lepas dan Kabinet telah memberi kelulusan secara prinsip serta perkara itu akan dibawa ke Parlimen untuk dipinda pada tahun ini.
Menurut LTAT, antara inisiatif penambahbaikan Akta TAT yang akan memberi manfaat kepada pencarumnya adalah pindaan di bawah Seksyen 12 yang akan membenarkan pencarum mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka setelah bersara, dengan baki yang masih tersimpan dalam LTAT layak menerima dividen.
"Selain itu, pindaan di bawah Seksyen 15 pula akan memastikan pelaburan yang dijalankan LTAT adalah berdasarkan kerangka SAA serta polisi pelaburan bagi memberi pulangan dividen yang lebih kompetitif dan mampan kepada pencarum," jelasnya.
LTAT menambah, ia juga membawa kepada mewujudkan peruntukan seksyen baharu bagi mendapatkan jaminan kerajaan ke atas simpanan persaraan pencarum LTAT.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022

LTAT menjelaskan langkah itu juga akan menambah baik kerangka pelaburan mengikut pelan Perumpukan Aset Strategik (SAA) - Foto fail

Tiada arahan pegawai atasan untuk Sirul Azhar keluarkan senjata api - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan supaya bekas anggota polis Sirul Azhar Umar mengeluarkan senjata api dari tempat simpanan di Bukit Aman pada 2006.

PRU15: Adat berparti memang semua mahu bertanding, nanti kita akan berbincang - Bung
Beberapa perbincangan dengan rakan-rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) akan dibuat membabit kerusi tradisi BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ringgit cecah RM4.40 berbanding dolar AS ekoran bimbang kemelesetan ekonomi
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.4030/4060 berbanding dolar AS daripada 4.3960/3975 ketika ditutup pada Rabu.

Jakim tidak berkompromi dengan sijil halal
SICHMA, selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu, akan diberi surat tunjuk sebab.

Kajian klinikal penggunaan kanabis untuk perubatan masih peringkat awal
Kajian klinikal penggunaan kanabis untuk perubatan di Malaysia masih di peringkat awal dan belum dapat bergerak seperti negara luar yang telah menggunakan kanabis untuk rawatan penyakit kronik.

Sukan SEA Hanoi: Malaysia pertahan emas gimrama all-around berkumpulan
Skuad gimrama mempamerkan persembahan mantap yang memikat hati juri untuk menghimpunkan mata tertinggi 49.20 mata.
![AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967700/thumbnails/19650021631652960152944_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [19/05/2022] - Kes HFMD terkawal | ADUN kerajaan, pembangkang sepakat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan: AWANI Borneo 19 Mei 2022 : - Sabah, Sarawak rekod peningkatan kes HFMD. - DUN Sarawak sebulat suara luluskan RUU Hutan 2022. - Sazzlan dan Taqiyuddin dedah rahsia tuai emas di Hanoi.

Dakwaan Konsulat Indonesia berhubung kapal dagang Malaysia-Indonesia dikawal oleh dasar kabotaj mengelirukan
Kenyataan kaunselor hal ehwal ekonomi bagi konsulat Indonesia di Sabah, Muhammad Muhsinin Dolisada, berhubung penggunaan kapal dagang kayu dan kecil di perairan Malaysia dan Indonesia dengan mengaitka

Sukan SEA 2021 | Sazzlan tidak pernah ponteng latihan
Latihan yang konsisten selain tidak ponteng jadual merupakan tip kejayaan Sazzlan Yuga bersama pasangannya Mohd Taqiyuddin Hamid untuk membawa pulang pingat emas di Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam. Menerusi acara akhir Silat Ganda Putra (Seni) pada 11 Mei lalu, Sazzlan dan Taqiyuddin mengutip 9.950 mata mengatasi pencabar dari Singapura. Bagi Sazzlan yang merupakan anak jati Tawau, Sabah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan penghalang untuk beliau teruskan latihan.

Peranan Media | Bantu pelaksanaan polisi agenda pembangunan
Pembentukan dan pelaksanaan polisi serta agenda pembangunan rakyat di Sarawak turut bergantung kepada integriti pengamal media dalam melaporkan isu di peringkat akar umbi. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak menafikan hak media dalam mengangkat isu rakyat sebagai penanda aras pengurusan yang baik daripada pihak pentadbir.

Laksamana Madya Datuk Roslan Mohd Yunus dilantik Komander NTF baharu
Penyerahan tugas disaksikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang di Wisma Pertahanan hari ini.

ATB 2 patahkan cubaan seludup rokok di Tawau
Kegiatan ini dipercayai turut melibatkan sindiket warga tempatan dan asing bagi tujuan perniagaan rokok seludup di pasaran gelap.

Lebih 320,000 pegawai, anggota dan veteran ATM terima bantuan khas Aidilfitri - Hishammuddin
Seramai 120,615 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang berkhidmat serta kira-kira 200,000 veteran ATM akan menerima manfaat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Pembukaan sempadan: ATM sentiasa siap siaga
Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan membuka semula sempadan negara mulai 1 April.

Konflik Rusia-Ukraine tidak beri implikasi terhadap perolehan aset pertahanan negara - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan sentiasa mengambil pendekatan untuk mempelbagaikan perolehan aset-aset strategik sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada negara tertentu.

ATM harap peruntukan tambahan susulan pembukaan sempadan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berharap kerajaan dapat memberikan peruntukan tambahan bagi memperkasakan sempadan darat dan maritim negara susulan pembukaan sempadan negara bermula 1 April.

PRN Johor: 63 pusat mengundi awal dibuka 8 pagi esok
Daripada 63 pusat mengundi pula, sebanyak 30 pusat mengundi akan beroperasi sehingga pukul 12 tengah hari.

ATM digerak bantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu - Hishammuddin
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menggerakkan tiga pasukan bagi membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Malaysia berkemampuan tinggi tangani COVID-19 - Ketua Kor Perubatan AS
Pamela akui, kumpulan profesional dan pakar di negara ini merupakan aset terpenting dalam usaha Malaysia memerangi virus itu.

Industri pertahanan perlu bangkit, berdikari perkukuh pertahanan negara - Stride
Industri pertahanan tempatan perlu bangkit semula dan berupaya untuk berdikari tanpa bergantung kepada kepakaran dari luar, dalam usaha mengukuhkan keselamatan dan pertahanan negara, kata Ketua Pengar