awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan MA63 perlu perbincangan teliti - Penganalisis

Ain Najhan
Ain Najhan
13/03/2019
04:45 MYT
Pindaan MA63 perlu perbincangan teliti - Penganalisis
JENIRI: Sebarang pindaan yang ingin dilakukan perlu dibincangkan lebih mendalam dengan sifat terbuka dan demokraktik. Gambar fail
Kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi perlu dibahaskan terlebih dahulu di peringkat negeri sebelum pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan.
Menurut Penganalisis Politik Prof Madya Dr Jeniri Amir, perbincangan ini penting dalam sebarang pindaan yang ingin dilakukan agar matlamat asal perjanjian tersebut tercapai.
Jelas beliau, pindaan itu tidak akan bermakna jika matlamat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan isi kandungannya yang mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Semenanjung, tidak mampu direalisasikan.
“Buat masa ini, perkara penting yang perlu dilakukan sekarang ialah, pindaan ini harus dibincangkan dengan mendalam, dengan penuh keterbukaan dan demokratik, tanpa ada niat lain, mahupun yang terselindung,” kata beliau.
Tambahnya lagi, pindaan itu merupakan saat ditunggu-tunggu oleh semua rakyat bagi kedua-dua buah negeri itu dan ia berlaku tepat pada masanya.
TONTON: RUU persekutuan berkaitan Sabah, Sarawak perlu diluluskan DUN dahulu
Pindaan kali ini dianggap penting bagi memastikan pembangunan di Sabah dan Sarawak seiring dengan apa yang dikecapi di Semenanjung.
Pada 8 Mac, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Liew Vui Keong mengumumkan Kabinet bersetuju untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan bagi menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dengan Semenanjung.
Persetujuan itu dicapai semasa mesyuarat Kabinet pada 6 Mac dan ia adalah satu langkah besar ke arah merealisasikan pelaksanaan MA63.
BACA: Perincikan kelebihan MA63 untuk Sabah, Sarawak - Dr Shamrahayu
Berikutan itu, cadangan pindaan tersebut dijadual dibentangkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Kerja MA63 mengenai hak sama rata Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung dalam sidang Dewan Rakyat bermula Isnin lalu.
Beliau menjelaskan, untuk mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63, sangat tepat ia dimulakan dengan meminda Perkara 1(2) tersebut kerana ia akan membuatkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebagai rakan kongsi yang mempunyai hak sama rata.
"Selepas pindaan itu Sabah dan Sarawak bukan lagi dikenali sebagai ‘Negeri’ dan banyak lagi perkara yang kami akan laksanakan selepas itu untuk memastikan semua hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak dapat dilindungi," kata Liew.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#kabinet
#Liew Vui Keong
#MA63
#matlamat
#perbincangan
#Perjanjian Malaysia 1963
#Perlembagaan Persekutuan
#pindaan
#Prof Madya Dr Jeniri Amir
#rakan kongsi
#Sabah
#Sarawak
#Semenanjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan