MALAYSIA
Pindaan perlembagaan pemisahan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dibentang 2026 - Azalina
Azalina berkata langkah itu susulan keputusan dasar Jemaah Menteri yang bersetuju menerima pakai model pemisahan penuh, dengan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dipegang oleh dua individu berbeza dengan kedudukan setara.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa jawatan Pendakwa Raya selepas pemisahan kuasa dengan Jabatan Peguam Negara perlu bebas dari sebarang pengaruh yang dapat mempengaruhi keputusan pendakwaan.
Ringkasan AI
Menurut Azalina, pada masa ini, peranan Pendakwa Raya sering kali terlibat dalam pelbagai tugas, termasuk sebagai hakim di Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen serta Penasihat Undang-Undang di peringkat negeri dan agensi.
Menurut beliau, keadaan ini kadangkala mencetuskan persepsi bahawa terdapat elemen bias dalam proses pendakwaan.
“Pendakwa Raya kini sering bertukar-tukar peranan, termasuk sebagai hakim dan penasihat undang-undang. Walaupun ini bertujuan untuk memberi pengalaman, namun ia menimbulkan kebimbangan mengenai kecenderungan atau pengaruh dalam keputusan yang dibuat,” kata beliau.
Azalina memberikan penjelasan itu sebagai jawapan kepada soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Perikatan Nasional – Kota Bharu) yang meminta penjelasan mengenai status terkini cadangan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Tambahnya, perbezaan pangkat dan pengalaman antara Pendakwa Raya dengan hakim sering menimbulkan rasa kurang senang dan boleh menjejaskan keputusan pendakwaan.
“Kadang-kadang, apabila seorang hakim bertemu Pendakwa Raya, mereka mungkin merasakan pangkat mereka lebih rendah, sedangkan Pendakwa Raya mungkin merupakan mantan bos mereka,” jelas Azalina.
Oleh itu, Azalina menekankan kepentingan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan untuk diluluskan bagi memastikan pemisahan antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
“Pemisahan ini penting untuk menjamin integriti sistem perundangan negara dan memastikan bahawa peranan Pendakwa Raya bebas sepenuhnya tanpa pengaruh daripada mana-mana pihak,” ujarnya.
Ringkasan AI
- Pindaan Perlembagaan bagi memisahkan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijadual dibentangkan tahun depan susulan keputusan Jemaah Menteri menerima model pemisahan penuh.
- Selepas pindaan, dua RUU susulan akan dibentangkan termasuk RUU Saraan dan RUU Pembaruan Undang-Undang Pendakwa Raya, serta lebih 20 akta lain perlu dipinda.
- Kajian perbandingan antarabangsa telah dijalankan bagi menjamin kebebasan pendakwaan, dan pelantikan serta pemberhentian akan dibuat secara bebas dan telus.