Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 akan mempertingkatkan perlindungan kepada mangsa dan membantu memulihkan institusi kekeluargaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pindaan itu kelak akan dikuatkuasakan pihak berkuasa berkenaan selepas ia diluluskan.
"Antara agensi itu adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Mahkamah.
"Ia memperluaskan tafsiran Keganasan Rumah Tangga iaitu mangsa boleh membolehkan mangsa mendapatkan perintah perlindungan interim (IPO) dan perintah perlindungan (PO) apabila pelaku menggelapkan harta mangsa sehingga mangsa mengalami kesedihan kerana kerugian kewangan," katanya.
Rohani berkata demikian semasa sidang media pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2012) di sini hari ini.
Merujuk kepada statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), bermula pada tahun 2014 sehingga Disember 2016, sebanyak 15,617 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan.
Selain itu katanya, ia akan memberi mangsa mendapat Perintah Perlindungan Kecemasan, pemberian hak penghunian eksklusif kediaman bersama kepada mangsa bagi memberi perlindungan.
Ia turut memperkenalkan Program Pemulihan di bawah kelolaan KPWKM yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendidikan dan penambahbaikan perintah IPO dan PO dalam aspek pemakluman status kepada mangsa.
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia pada 1 Jun 1996.
Akta ini kemudian telah dipinda buat kali pertama pada tahun 2012.
Wan Syamsul Amly
Mon Apr 03 2017

ROHANI: Pindaan itu kelak akan dikuatkuasakan pihak berkuasa berkenaan selepas ia diluluskan.

Ringgit mungkin cecah paras psikologi 4.0 minggu hadapan
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS pada minggu hadapan.

Rukun Negara, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan antara legasi Salleh Abas
Salleh Abas menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, pada pukul 3.20 pagi.

Canselor Jerman | Konvensyen pilih penganti bagi memilih penggantinya
Konvensyen parti Kesatuan Demokrat Kristian, CDU bermula secara rasmi.
Ini akan jadi platform penentu siapa menggantikan Canselor Jerman Angela Merkel.

COVID-19 | Mutasi baharu belum beri impak - WHO
Pertubuhan Bangsa Bersatu rayu komuniti dunia pertingkat koordinasi dalam melawan COVID-19.
Kenyataan ini dibuat Setiausaha Agungnya Antonio Guterres ketika angka kematian dunia kini cecah 2 juta orang.

Jenayah | Dua peragut tumpas
Dua lelaki yang aktif melakukan jenayah ragut di sekitar daerah Brickfields tumpas selepas ditahan polis, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar, kedua-dua suspek berusia 31 dan 34 tahun itu ditahan sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang menjalankan siasatan mengenai kegiatan mereka.

Kebakaran gudang | Bomba selamatkan enam pekerja
Enam individu mengalami detik cemas selepas gudang tempat mereka bekerja mengalami kebakaran dekat Jalan Gempita 7, Taman Salak Selatan di ibu negara, pada Sabtu.
Dalam satu kenyataan, pusat gerakan operasi jabatan bomba dan penyelamat malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.46 tengah malam.

Belasungkawa | Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia pada usia 91 tahun hari ini.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 3.20 pagi.

PKP 2.0 | Tinjauan hari pertama pelaksanaan PKP di Sibu
Selain Kelantan, Sibu Sarawak juga menjadi daerah terbaru dilaksanakan PKP.
Untuk kita meninjau dengan lebih dekat situasi di sana. Kita bersama dengan
Khairuddin Rushdi Ayuphan, wakil Astro AWANI Sarawak

Banjir | Kemaskini situasi banjir di Sarawak
Setakat jam lapan pagi ini jumlah mangsa banjir kembali meningkat dengan 4,247 mangsa membabitkan 1,173 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Terus sahaja bersama wakil Astro AWANI Sarawak Nuzuluddin Abdul Razak untuk perkembangan di Bumi Kenyalang.

COVID-19 | Tinjauan hari pertama pelaksanaan PKP di Kelantan
Hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Kelantan.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan berlaku peningkatan kes secara mendadak membabitkan kluster dalam komuniti di seluruh Kelantan.
Untuk tinjauan di negeri Kelantan kita bersama dengan Muhafandi Mohamad, wakil Astro AWANI Kelantan.

PKP 2.0: Prosiding kes Mahkamah Syariah di Selangor akan dijadual semula
Prosiding kes Mahkamah Syariah di Selangor yang ditetapkan hari ini hingga 26 Jan akan dijadualkan semula susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pegawai selia komunikasi Uganda arah sekatan aplikasi media sosial
Pengawal Selia Komunikasi Uganda mengarahkan penyedia perkhidmatan internet untuk menyekat aplikasi media sosial dan sistem pesanan, dua hari sebelum pilihan raya.

Twitter menutup akaun Donald Trump
Twitter Inc memaklumkan pada Jumaat telah menutup akaun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi mengelak tercetusnya keganasan berterusan.

Insiden Capitol: Setiausaha Pengangkutan AS Elaine Chao letak jawatan
Beliau anggota kabinet pertama pentadbiran Presiden Donald Trump yang melepaskan jawatan susulan insiden pada Rabu itu.

Insiden Capitol: Trump buka mulut, kecam tindakan penyokong sendiri
Donald Trump dilihat mengalah kepada bakal presiden Joe Biden dengan mengecam penyokongnya yang bertindak ganas menyerang Capitol Hill.

Helikopter terhempas ketika cuba lakukan latihan 'hoovering' - Polis
Juruterbang helikopter berkenaan hilang kawalan ketika cuba membuat latihan 'hoovering' di sebuah kawasan lapang.

Mesir, Jordan, Rusia, PBB kutuk serangan di lapangan terbang Aden
Setiausaha Agung Antonio Guterres mengulangi komitmen tegas PBB untuk menyokong usaha proses politik yang dipimpin Yaman untuk mencapai penyelesaian inklusif.

26 maut dalam letupan di lapangan terbang Yaman
Walaupun semua menteri kerajaan dilaporkan selamat, lebih 50 mangsa tercedera.

Laman web KDN, PDRM mungkin jadi sasaran penggodam
Penggodam mungkin boleh menyasarkan beberapa laman web penting seperti Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sistem berkaitan kesihatan.

#JusticeforSonyaGregorio: Netizen gesa reformasi polis susulan insiden tembak jiran
Insiden yang disifatkan kejam itu juga menimbulkan kemarahan orang ramai berhubung penguatkuasaan undang-undang dan budaya kekebalan serta keganasan yang diamalkan oleh polis negara itu.