[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
MALAYSIA

Pindaan RUU Pencegahan Jenayah lulus peringkat dasar

Irwan Muhammad Zain 02/10/2013 | 10:51 MYT
Pindaan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah 2013 peringkat dasar diluluskan dengan undian belah bahagian.
Perbahasan pindaan rang undang-undang tersebut berlangsung selama dua hari.
Pindaan ini dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin.
Ia dibentangkan setelah banyak pihak mempertikaikan pindaan yang dibuat pada tahun 2011 yang dikatakan menyebabkan polis hilang kuasa.
Pindaan yang dibentangkan ini mendapat tentangan ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mendakwa ia satu cubaan untuk menghidupkan kembali tahanan tanpa bicara.
#Dewan Rakyat #pencegahan jenayah 1959 #Rang Undang-Undang #RUU