MALAYSIA
Pindaan RUU Sewa Beli 2025: Nikmati baki pinjaman lebih rendah jika selesai tunggakan awal
Menurut Armizan, RUU itu juga merangkumi pengenalan penggunaan Kadar Faedah Efektif dan Kaedah Pengurangan Baki yang lebih telus dan adil kepada pengguna.
KUALA LUMPUR: Penambahbaikan Rang Undang-undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 akan memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati baki pinjaman lebih rendah, sekiranya mereka menyelesaikan tunggakan lebih awal.
Ringkasan AI
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, ia susulan pemansuhan kadar sama rata dan kaedah Peraturan 78 bagi pinjaman sewa beli kadar tetap di bawah Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212).
Perkara itu dicadangkan dalam pembentangan RUU yang dibacakan untuk kali kedua di Dewan Rakyat, petang ini.
Armizan menambah, RUU itu juga merangkumi pengenalan penggunaan Kadar Faedah Efektif dan Kaedah Pengurangan Baki yang lebih telus dan adil kepada pengguna.
Antara lain katanya, ia bakal membenarkan penggunaan teknologi semasa untuk perjanjian sewa beli serta mengemas kini peruntukan merujuk istilah kadar asas pinjaman bagi penyelarasan dengan Rangka Kerja Kadar Rujukan Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikemas kini.
RUU itu juga jelasnya bertujuan menambah baik Akta 212 agar ia lebih sesuai dengan peredaran masa, selain lebih adil kepada pengguna dan menangani isu kekangan penerimaan digitalisasi dalam aktiviti sewa beli.
"Pindaan kepada Akta 212 melalui RUU Sewa Beli (Pindaan) 2025 adalah langkah penting dalam usaha memperkukuh perlindungan pengguna dalam urusan pinjaman sewa beli di negara ini.
"Dalam persekitaran kos sara hidup semakin mencabar dan akses kepada pembiayaan menjadi keperluan, pengguna memerlukan undang-undang lebih adil, telus dan responsif terhadap keperluan semasa. RUU ini bukan sahaja memodenkan undang-undang sewa beli sedia ada, malah mencerminkan komitmen kerajaan melindungi kepentingan pengguna,” katanya.
Tegas beliau, RUU berkenaan antara lain tidak membabitkan perbelanjaan wang tambahan ke atas kerajaan.
Ringkasan AI
- RUU Sewa Beli (Pindaan) 2025 memperkenalkan pemansuhan kadar sama rata dan kaedah Peraturan 78, membolehkan pengguna menikmati baki pinjaman lebih rendah jika menyelesaikan tunggakan lebih awal.
- Pindaan ini turut memperkenalkan penggunaan Kadar Faedah Efektif dan Kaedah Pengurangan Baki yang lebih telus dan adil, serta membenarkan penggunaan teknologi semasa dalam perjanjian sewa beli.
- RUU bertujuan memodenkan Akta Sewa Beli 1967 agar lebih sesuai dengan keperluan semasa tanpa melibatkan perbelanjaan tambahan kerajaan, selaras dengan usaha melindungi kepentingan pengguna dalam persekitaran kos sara hidup yang mencabar.