awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pindaan Seksyen 233 Akta 588 diperuntuk hukuman penjara babit kesalahan terhadap kanak-kanak

Bernama
Bernama
02/12/2024
07:59 MYT
Pindaan Seksyen 233 Akta 588 diperuntuk hukuman penjara babit kesalahan terhadap kanak-kanak
RUU bagi meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) itu dibentang Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini, yang turut memaklumkan bacaan kali kedua pada sesi sidang sama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menggariskan cadangan peruntukan hukuman penjara tidak lebih tempoh lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
Rang undang-undang bagi meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) itu dibentang Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini, yang turut memaklumkan bacaan kali kedua pada sesi sidang sama.
Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen, Fasal 91(c) mencadangkan memasukkan subseksyen baharu ke dalam Seksyen 233 akta itu, yang memperuntukkan hukuman berbeza dan lebih tinggi jika kesalahan dilakukan terhadap seorang kanak-kanak berumur bawah 18 tahun, yang mentafsirkan kesalahan yang dilakukan sebagai kesalahan boleh tangkap.
Subseksyen baharu itu juga turut memperuntukkan pesalah boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Fasal 91(a)(i) pula mencadangkan penggantian perkataan 'jelik' dengan perkataan 'jelik melampau' pada Seksyen 233 (1), manakala Fasal 91(a)(ii) bertujuan untuk memasukkan unsur kesalahan yang baharu dalam subseksyen sama berhubung dengan perlakuan apa-apa fraud dan kecurangan kepada mana-mana orang.
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia Pindaan 2024
#Fahmi Fadzil
#perkataan jelik
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan